Setiap yang hidup pasti akan mati dan tiada siapa yang dapat lari daripada takdir itu.

Mati juga tidak mengenal usia, ada yang meninggal di saat diri sudah dimamah usia dan ada juga yang kembali kepada penciptaNYA di usia yang masih muda.

Kali ini MH mahu berkongsi dengan korang semua lima artis Malaysia yang meninggal di usia muda.

 

1. Along Spoon

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

Mungkin ada yang sudah lupa dengan kisah kematian vokalis kumpulan Spoon, Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie yang mati dibunuh dengan kejam dan berita ini menggemparkan seluruh negara.

Mayat Along ditemui dalam keadaan berikat di dalam guni yang dicampakkan di dalam gaung yang terletak di sebuah kawasan sunyi di Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Arwah Along telah dibunuh pada Disember 1999 dan pada ketika dia berusia 19 tahun.

IKLAN

 

2. Yanie Mentor

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

Yanie merupakan seorang penyanyi yang lahir daripada sebuah rancangan realiti Mentor musim pertama.

Penyanyi ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2010 akibat ketumbuhan di paru-paru. Pada waktu itu arwah Yanie baru sahaja beruisa 25 tahun.

 

IKLAN

3. Faizal Yusof

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

Pelakon, Faizal Yusof merupakan seorang yabv sangat berbakat dalam bidang lakonan dan dia juga merupakan bekas suami kepada penyanyi popular, Siti Nordiana.

Faizal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2011 ketika usianya 33 tahun akibat serangan jantung.

 

IKLAN

4. Izwan Pilus

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

Izwan Pilus merupakan seorang penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum. Penyanyi ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2012.

Ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir, usianya ketika itu ialah 32 tahun dan dia meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan juga jangkitan kencing tikus yang serius.

 

5. Achik Spin

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

Vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari telah pergi buat selama-lamanya ketika berusia 27 tahun. Pada tahun 2010, Achik telah terlibat dengan kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban.

Arwah Achik tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaan setelah kereta jenis Toyota Estima yang dinaikinya terbabas melanggar papan tanda. Kenderaan tersebut juga turut terbakar di tempat kejadian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI