Model dan Sukarelawan dari Mexico dinobatkan sebagai pemenang ke-68 Miss World 2018 dalam acara kemuncak di China, pada Sabtu.

#MHGlobal Ini Foto Menarik Sekitar Miss World 2018, Ratu Mexico Sandang Juara, Jelitawan Malaysia Pun Berjaya Duduki Top 30 Semalam!

Vanessa Ponce de Leon, 26 tahun diberikan mahkota oleh pemenang tahun lalu, Manushi Chhillar dalam upacara gilang-gemilang menggunakan tema ‘We Are Family’ di Bandar Sanya, China.

#MHGlobal Ini Foto Menarik Sekitar Miss World 2018, Ratu Mexico Sandang Juara, Jelitawan Malaysia Pun Berjaya Duduki Top 30 Semalam!

IKLAN

Sedikit info, Vanessa merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan Antarabangsa, sukarelawan untuk ‘Migrantes en el Camino dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah untuk pusat rehab wanita.

Dalam pada itu, Malaysia juga mampu berbangga apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, top 30 dalam pertandingan tersebut.

IKLAN

Anak Sarawak yang berusia 19 tahun, Larissa Ping turut membanggakan Malaysia menerusi pencapaiannya dalam pertandingan tersebut seperti Top 5 Best Talent, Top 5 Best Designer, Top 32 Top Model, Top 10 Mobstar.

#MHGlobal Ini Foto Menarik Sekitar Miss World 2018, Ratu Mexico Sandang Juara, Jelitawan Malaysia Pun Berjaya Duduki Top 30 Semalam! #MHGlobal Ini Foto Menarik Sekitar Miss World 2018, Ratu Mexico Sandang Juara, Jelitawan Malaysia Pun Berjaya Duduki Top 30 Semalam!

IKLAN

Malah, dia juga berjaya mengetepikan peserta dari Guadeloupe dalam saingan Head To Head Challenge.

Apa-apapun, tahniah MH ucapkan buat pemenang dan juga kepada wakil negara tercinta!

Foto:Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI