1. Cik Piah Selamat Lahirkan Baby Boy Kedua

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas

Tahniah MH ucapkan buat penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah yang telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi semalam kira-kira jam 1.12 pagi.

Putera keduanya ini dilahirkan secara normal di Hospital Seri Kembangan dengan berat seberat 3.24 kilogram.

 

2. Janna Nick Nak Simpan Rambut Panjang Tapi…

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas

MH rasa korang semua pasti kenal dengan pelakon popular, Janna Nick yang sering tampil dengan gaya rambut pendek.

Ads

Menurut Janna menerusi satu sumber berkata, kalau boleh dia mahu menyimpan rambut panjang untuk penampilan baru di tahun 2018 ini.

Namun dia berkata semuanya terpulang kepada karakter yang diterimanya. Jika sesebuah karakter itu memerlukannga untuk menggunting rambut maka dia akan menggunting rambutnya.

 

3. Luqman Hafidz Alami Kecederaan Ketika Jalani Latihan Ola Bola The Musical

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas

Ads

Pelakon, Luqman Hafidz berkata kepada satu sumber, dia telah mengalami kecederaan di kaki ketika menjalani latihan pementasan Ola Bola The Musical baru-baru ini.

Ketika latihan dijalankan, dia berkata dirinya mungkin terlalu penat dan ketika memanjat salah seorang pelakon, dia terleka dan terjatuh hingga menyebabkan kakinya luka. Namun begitu kecederaan yang dialami oleh Luqman tidak serius.

 

Ads

4. Isteri Alif Satar Tak Pernah Letak Syarat Untuk Berlakon

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas

Bertuah pelakon kacak, Alif Satar kerana memounyai seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai anak seni.

Menerusi satu sumber Alif berkata, isterinya tidak pernah meletakkan syarat kepadanya untuk berlakon dengan mana-mana artis.

Malah isterinya memberi saranan kepadanya supaya keluar dari zon selesanya untuk mengembangkan lagi kerjaya seninya dalam industri.

Kata Alif, perkara utama yang perlu ada adalah kepercayaan kerana elemen tersebut adalah amat penting di dalam sesebuah rumah tangga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI