1. Tyra Banks Tak Mahu Anak Ikut Jejak Jadi Model!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang

Siapa yang tidak kenal dengan model terkenal antarabangsa, Tyra Banks. Menurut satu sumber, Tyra berkata dia tidak mahu anak lelakinya, York Bank Asla mengikut jejak langkahnya menjadi seorang model.

Namun begitu, Tyra berkata jika anaknya itu berkeras untuk menjadi seorang model, dia akan menggunakan kaedah ‘reverse psychology’ sehingga anaknya memberontak untuk tidak mahu memasuki bidang peragaan.

 

2. Azhar Dah Agak Jampi Akan Menang AJL 32!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini pernah mempunyai teman duo bersama penyanyi, Azhar dan nama bagi duo mereka adalah Azhael.

Walaupun masing-masing sudah bergerak sendiri di dalam industri ini, namun Azhar sentiasa memberi sokongan yang tidak putus buat sahabatnya ini.

IKLAN

Menerusi satu sumber, Azhar berkata dia sememangnya sudah menjangkakan kemenangan lagu Jampi di AJL 32 baru-baru ini dan dia sebagai sahabat turut bersyukut dan tumpang gembira atas kejayaan Hael.

 

3. Marsha Tanam Hasrat Rakam Lagu Rakyat Negeri Sabah

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang

Penyanyi cantik yang berasal dari negeri Sabah, Marsha menerusi satu sumber berkata, dia menanam hasrat untuk merakamkan beberapa buah lagu rakyat negeri kelahirannya itu bagi mendekatkan diri dengan penduduk di sana.

IKLAN

Kata Marsha, perancangan tersebut masih lagi di dalam perbincangan dan dia berharap lagu-lagu rakyat itu dapat disiapkan dan dilancarkan menjelang bulan Ramadan nanti.

Namun begitu, menurut Marsha jika tidak sempat disiapkan kesemuanya, dia bakal melancarkan single demi single.

 

IKLAN

4. Zul Ariffin Beri Penjelasan Isu Neelofa Lentok Kepala Ke Dadanya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang

Kecoh di media sosial baru-baru ini, apabila tersebarnya gambar mesra antara pelakon popular, Zul Ariffin dan pengacara serta usahawan cantik, Neelofa.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gambar mesra tersebut menampakkan Neelofa sedang melentokkan kepada di dada Zul.

Namun sebenarnya aksi tersebut merupakan salah satu babak di dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang sedang dalam penggambaran ketika ini.

Zul Tampil memberi penjelasan di Instagramnya dengan berkata walaupun kekok namun sebagai pelakon seharusnya bersikap profesional.

BACA SEPENUHNYA: Netizen Dah Mula Cipta #ZuLofa, Tapi Zul Ariffin Akui Kekok Nak Lakon Babak Mesra Sama Neelofa!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI