Meski sequelnya sudah pun ditayangkan, namun naskhah sulung filem cinta remaja ini pernah mencipta fenomena yang tidak kurang hebatnya di Malaysia apabila ia ditayangkan lebih 16 tahun lalu. Menarik, jom ikuti trivia yang perlu anda tahu mengenai filem hebat Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta?

Dilaporkan, Nicholas Saputra yang memegang watak Rangga di dalam filem itu terlebih dahulu hadir ke sesi ujibakat untuk melakonkan watak Borne, iaitu seorang lelaki yang menyukai Cinta (Dian).

Meski Dah 16 Tahun, Tapi Masih Tak Boleh Move On… Ini Trivia Menarik Mengenai Ada Ada Dengan Cinta?

Namun dia tidak berjaya mendapatkan watak tersebut lalu mencuba pula untuk watak Rangga. Ternyata, tuah menyebelahi aktor ini. Kemudian, peranan Borne di bawa oleh Fabian Ricardo.

IKLAN

Ada Apa Dengan Cinta yang mengangkat elemen puisi dan sastera berjaya menaikkan kembali bidang tersebut di kalangan anak muda yang rata-ratanya lebih cenderung kepada media sosial.

Meski Dah 16 Tahun, Tapi Masih Tak Boleh Move On… Ini Trivia Menarik Mengenai Ada Ada Dengan Cinta?

IKLAN

Selain di Malaysia dan Indonesia, filem tersebut juga mendapat kutipan yang sukses di Singapura, Brunei dan Filipina. File mini juga menjadi simbol kepada kebangkitan filem-filem tempatan Indonesia.

IKLAN

Sequel filem ini iaitu Ada Apa Dengan Cinta 2 dilakukan 14 tahun selepas filem pertamanya ditayangkan dan antara lokasi penggambaran untuk filem ini ialah di Gambir, Menteng, Bandar Jakarta dan Kebon Jeruk.

Meski Dah 16 Tahun, Tapi Masih Tak Boleh Move On… Ini Trivia Menarik Mengenai Ada Ada Dengan Cinta?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI