Penyanyi, Ani Maiyuni menyuarakan pendapatnya terhadap isu hangat membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang baru sahaja melancarkan lagu muzik video terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjadi perhatian ramai selepas melancarkan karya berkenaan di rasmi YouTube miliknya, pada Isnin lalu.

Meski ramai yang memberi kritikan terhadap naskhah terbaharu usahawan berusia 50 tahun itu, Ani berpendapat Vida sentiasa bijak dalam mencari peluang untuk meraih perhatian.

Ani Maiyuni Tak Nafi Vida Bijak – “Pandai Buat Orang Untuk Sentiasa Beri Perhatian Pada Dia.” Ani Maiyuni Tak Nafi Vida Bijak – “Pandai Buat Orang Untuk Sentiasa Beri Perhatian Pada Dia.”

“Pada pandangan saya, untuk zaman sekarang, dia bijak mencari peluang dan pandai membuatkan orang ramai untuk sentiasa beri perhatian pada dirinya,” katanya.

Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman menambah, untuk menjadi penyanyi disegani, seseorang penyanyi harus sentiasa menghindari daripada melakukan hal negatif seterusnya beri contoh baik pada semua.

IKLAN

“Saya sebagai penyanyi lama, kita menerima sahaja kehadiran penyanyi baru tapi jangan anda naikkan nama populariti anda dengan cara melakukan benda macam itu.

“Macam kami dulu, nak jadi seorang penyanyi perlu ada sifat sebagai ikon dan kami tidak boleh langsung ada benda negatif sebab penyanyi lama memang sudah diajar macam itu oleh syarikat rakaman,” katanya lagi.

Ani Maiyuni Tak Nafi Vida Bijak – “Pandai Buat Orang Untuk Sentiasa Beri Perhatian Pada Dia.” Ani Maiyuni Tak Nafi Vida Bijak – “Pandai Buat Orang Untuk Sentiasa Beri Perhatian Pada Dia.”

Selain itu, penyanyi lagu Sedap ini berkata cara sedemikian ibaratnya kini sering dilakukan segelintir penyanyi baru sehingga menjadi trend pada yang lain.

IKLAN

Kongsi lagi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, situasi tersebut mungkin boleh memberikan pada reputasi industri hiburan tanah air.

“Tapi zaman sekarang, ramai yang nak dapatkan perhatian dengan cara macam itu adalah sangat tidak bagus. Kalau boleh kita tidak mahu benda itu boleh buat genarasi baru sekarang tidak tahu untuk menilai mana yang bagus dan tidak.

“Kenapa yang bagus tidak diberi perhatian tapi yang tidak bagus pula diberi perhatian lebih, jadi kalau boleh kita tidak mahu situasi ini berlaku pada masa akan datang,” luahnya lagi.

IKLAN

Ani telah berkata demikian ketika ditemui di majlis perlancaran sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah, AISEL, di Cornerstone IPC Glass House, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ani Maiyuni Tak Nafi Vida Bijak – “Pandai Buat Orang Untuk Sentiasa Beri Perhatian Pada Dia.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Ani Maiyuni

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI