Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida menceritakan detik cemas saat salah sebuah bilik di rumahnya terlibat dalam kebakaran malam tadi.

Menurut Shahida, kebakaran yang berlaku di bilik salah seorang pekerjanya itu berpunca daripada ‘powerbank’ yang dikatakan terlampau panas lalu membakar tilam di bilik tersebut.

“Rumah saya terbakar. Ya Allah syukur la nasib perasan sebab ada bau asap. Rupanya-rupanya punca dia dari power bank.

“Korang hati-hati ya kadang-kadang kita tak sangka benda kecil pun jadi punca. Jangan pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content.

“Bilik staff saya Idris yang terbakar. Lepas ni power bank kalau tengah panas-panas lepas charged jangan letak atas katil gaiss,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, ibu kepada lima orang meluahkan rasa syukur kerana kebakaran tersebut berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Jangan Pula Kata Saya Gimik, Bakar Rumah Untuk Konten,” – Bilik Staf Terbakar Disebabkan Powerbank, Nur Shahida Cerita Detik Cemas “Jangan Pula Kata Saya Gimik, Bakar Rumah Untuk Konten,” – Bilik Staf Terbakar Disebabkan Powerbank, Nur Shahida Cerita Detik Cemas

IKLAN

Tambahnya lagi, dia berharap agar semua pihak membuat andaian melulu dengan menyifatkan insiden tersebut sebagai konten semata-mata.

“Alhamdulillah kami semua selamat yang paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris. Api dah padam baru dia nak call bomba

“Pemadam api ada tapi bila dah panik kita pun lupa rumah kita ada. Ingat air je dalam kepala,” kongsinya lagi.

“Jangan Pula Kata Saya Gimik, Bakar Rumah Untuk Konten,” – Bilik Staf Terbakar Disebabkan Powerbank, Nur Shahida Cerita Detik Cemas

Video yang memaparkan detik mencemaskan yang turut mengejutkan seluruh penghuni rumah itu turut dikongsilan oleh Aliff menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut menasihati Shahida untuk memasang alat pemadam api di setiap bilik di rumahnya.

“Allahuakbar, bahayakan powerbank. Mungkin dicaj terlalu lama. Bateri dia terlampau panas kot. Takut rasanya.

“Fire extinguisher wajib ada dalam setiap rumah. InsyaAllah langkah awal tu penting. Take care semua.

IKLAN

“Alhamdulillah semua selamat.

“Ya Allah Datin. Nasib baik semuanya tiada apa-apa. Atas tilam pula tu seram.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Shahida telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Datin Seri Nur Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI