MH pasti ramai di antara korang yang meminati kumpulan band popular daripada negara jiran, Sheila On 7 (SO7).

Tak dinafikan rata-rata dari korang semua membesar dengan lagu-lagu dari band popular ini.

Malam semalam telah berlangsungnya konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018 yang diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Persembahan pembukaan telah menampailkan penyanyi baharu, Natasha Sass yang mempersembahkan tiga lagu.

IKLAN

Sebaik sahaja selesai persembahan daripada Natasha, jeritan peminat menjadi semakin kuat dan meriah apabila kumpulan kesayangan mereka keluar ke atas pentas membuat persembahan.

Meriah! Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur  2018 Buat Peminat Tak Henti Bersorak!

IKLAN

MH yang berada di sana juga turut merasakan kemeriahannya dan ternyata SO7 tidak menghampakan peminat-peminatnya dengan tampil di atas pentas dengan penuh tenaga berserta susunan muzik yang berbeza.

IKLAN

Hampir tujuh ribu peminat yang hadir dihiburkan dengan 17 buah lagu dan antara lagu yang dinyanyikan adalah Sephia, Harber, Melompat Lebih Tinggi, Berhenti Berharap, Film Favorit, Radio dan banyak lagi.

Meriah! Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur  2018 Buat Peminat Tak Henti Bersorak!

Duta selaku penyanyi utama SO7 juga tidak putus-putus mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang hadir ke konsert mereka.

“Terima kasih buat semua peminat-peminat daripada Malaysia dan juga dari luar Malaysia yang hadir pada malam ini.

 

“Kami harap anda semua terhibur dengan persembahan kami malam ini,” katanya kepada semua peminat ketika berada di pentas.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI