Menerusi Twitter, satu status yang dilayangkan seorang pengguna media sosial yang seolah-olah menuduh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mengucapkan takziah kepada rakan selebriti seberang, Bunga Citra Lestari (BCL) atas kematian suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.
Malahan, status berkenaan turut mendakwa penyanyi Anta Permana itu sibuk mempromosi video sambil disusuli dengan tanda pagar #donekecam.
Bagaimanapun, netizen terbabit secara profesional akui khilaf dan mohon maaf kerana terjumpa komen bintang terkenal itu yang telah pun merakamkan ucapan takziah kepada BCL di Instagram.
Ads
Lalu, Rozi Abdul Razak yang juga merupakan pengurus kepada penyanyi terkenal itu turut tampil menjernihkan keadaan menerusi platform sama.
Ads
“Mengenal @CTNurhaliza11 dia prihatin, tak kisah di mana menzahirkan rasa tetapi pasti dia tak lupa,” tulis Rozi.
Sharnaaz Ahmad awal hari ini ada berkongsi video yang merakamkan dirinya sedang melakukan rutin kecergasaan di sebuah gim.
Menerusi Instagram TV, video yang mempunyai durasi selama 2 minit 15 saat itu, pelakon Polis Evo 3 itu secara langsung turut menjelaskan dia sejujurnya tidak berapa minat untuk melakukan senaman kaki kerana dia mempunyai banyak kecederaan di bahagian berkenaan.
“Ni sebelum solat jumaat punya cerita, yes aku kurang minat main kaki sebab aku banyak injury di bahagian lutut dan buku lali, masa muda muda dulu, jadi aku tak bleh main berat berat, kalau tak satgi pakai kerusi roda naya.
“So aku nak cerita ni super set leg squats, ringan je tapi bisa dia tuhan je lah tau.. sambil test headphones dari @edifier_malaysia yg sememangnya paduikk .. terbaik wei model ni #W828NB #edifiermalaysia.
“Lagu ni aku tujukan buat dinda yg jauh dimata tapi dekat dihati.. owner sendiri tau lah.. And special thanks to my main sponsers,” tulisnya sambil disusuli dengan kredit.
Bagaimanapun, lagu yang melatari video berkenaan turut sama mendapat perhatian netizen. Lagu Rindu Serindu Rindunya nyanyian kumpulan Spoon nyata memancing tumpuan.
Para peminat masing-masing memberi reaksi terhadap pemilihan lagu berkeaan.
Kecewa apabila namanya turut terpalit sebagai batu api dalam kes tuntutan saman malu Datuk Seri Vida terhadap pengacara Azwan Ali, jelas Roslan, jangan sesekali membuat andaian atau fitnah.
Kehadirannya adalah semata-mata untuk menyelamatkan keadaan dan mengharap agar kedua-dua pihak berdamai.
Malah tambahnya lagi, dia menjemput Azwan untuk bersama dalam satu pentas kerana sudah lama tidak bekerja bersama. Namun lain pula yang berlaku.
“Siapa Yang Batu API ya….kesian orang macam Ini suka membuat andaian Dan membawa Fitnah….Padahal cik Lan sedaya upaya untuk selamatkan secara damai untuk berbaik ya.
“Pasal Cik Lan menjemput Diva AA buat show bersama dengan cik Lan secara ikhlas Dan cik Lan sediakan 2 Malam penginapan Di hotel Dan cik Lan pun membayar duit Kepada Diva AA dengan duit cik Lan sendiri ya.
“Tak Salah cik Lan menjemput Diva AA kerana sudah lama tidak membuat show satu pentas bersama dengannya itu niat cik Lan…Kerana Orang ini nak popular Dan sebagai haters terimalah follower cik Lan Akan Komen ya….#Share3…#Love3.
“Tak tahu Cerita Jangan sesuka hati nak kecam cik Lan ya….aminnn…pasal show pun sekadar tolong Rakan Rakan Artis ya,” ulasnya menerusi laman Instagram.
Malah menerusi sidang media yang diadakan Azwan Ali bagi membuat permohonan maaf, pengacara itu turut menjelaskan Roslan bercakap benar dan telah membayar hotel penginapan dan bayaran perkhidmatannya.
Walau bagaimanapun, Vida dalam kenyataan di sidang media yang berlangsung nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap Azwan Ali.
Foto : Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kira-kira 12 tahun menimpa nama dalam industri seni, pelakon Fizo Omar meluahkan rasa syukur kerana karier yang dibina hingga kini mendapat tempat di hati peminat.
Mula terjun ke dunia seni sejurus selesai pertandingan Hero Remaja 2007/2008, Fizo terpaksa ‘melumpuhkan’ cita-citanya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Malah, bintang asal Kelantan ini turut berkongsi panjang mengenai kisah hidupnya hingga kini.
“2008 ( age 23 ) – 2020 ( age 35 ). 12 years journey as Fizo Omar.
“Alhamdulillah Allah aturkan perjalanan aku bermula di pentas Hero Remaja 2007/2008 setelah aku decide utk gantung boot aku sebagai pemain bola sepak sejak umur aku 12 tahun yg pernah mewakili Kelantan, Perlis, Tnb Kelantan , DBKL dan juga Team Malaysia,” tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu juga turut berdepan dengan beberapa peristiwa ‘hitam’ dalam hidupnya sebagai seorang anak seni.
“Tiga tahun diberikan peluang utk aku upgradekan diri dalam bidang civil engineering Uitm Arau,Perlis dan bermulalah kehidupan akn sebagai Fizo Omar terlalu byk benda best nikmat Allah utk ceritakan, tapi hadirnya kejayaan pasti bersama cabaran dan dugaan dariNYA.
“Saat aku meniti puncak career aku, satu demi satu Allah hantar ‘kekuatan’ pd aku. 2011 – bapa aku meninggal, 2014 – aku diishtiarkan bankrap, 2019 – berpisah dgn isteri.
“Kepahitan adalah satu ubat dan penawar, kemanisan adalah racun kehidupan. Dengan kepahitan dan kekuatan itulah Allah memberi nikmat duniawi dan pencapaian kpd aku,” kongsinya.
Namun disebalik kesedihan yang melanda dirinya, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu diangkat sebagai seorang usahawan yang berjaya.
“2012 – Ikon belia Negara, 2014 – Emerging young entrepreneur, 2015 – Ikon usahawan belia Kelantan, 2017 – Ikon social media, 2019 – Social Entrepreneur of the year.
“Alhamdulillah sekarang selain dari berlakon, aku memperjuangkan company aku
– Fizo Omar Channel Sdn bhd. – Fizo Omar Catering Sdn bhd. – Fizo Omar Creative PLT.
“Dan sebagai seorang speaker, dah lebih 200 pentas aku berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yg aku.
“Tiada apa yg boleh aku banggakan selain rasa penuh bersyukur dgn nikmat Allah terhadap aku yg sentiasa lalai dan berdosa kepadaNYA.
“Apa yg sentisa bermain di kepala aku adalah bukan soal ape yg aku dapat, berapa income dan gaji aku, berapa byk harta aku, tapi apa yg telah aku lakukan utk orng lain dan apa yang boleh aku sumbangkan, bahagiakan dan muliakan terhadap orang lain.
“Aku percaya bila masa aku tiada nanti, bukanlah hitungan harta yg akan menjaga keturunan aku.Jangan sesekali pertikaikan percaturanNYA.
“Ask urself, what i can give n contribute instead of what i can get!,” akhirinya.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.