Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Ardell Aryana kini dilihat semakin berseri apabila ‘baby bump’ mulai kelihatan.

Difahamkan, usia kandungannya kini sudah mencecah lebih lima bulan.

Perkara itu dikongsikan Nadzmi Adhwa,28, apabila merakam foto bersama dan menyakat isterinya dengan panggilan ‘kakak’ kerana perbezaan jarak umur dua tahun.

“Bawak kakak beli petai jap. Say hi to kakak,” tulisnya.

IKLAN

Sekali gus, Ardell atau nama lengkapnya  Nurul Hidayah Mohd Amin telah memberikan respon.

“Ye dik Wawa , cuba beli jiwa akak ke ? Bodek tak adik x jadi sila cuba lain bulan,” balasnya.

‘Baby Bump’ Ardell Jelas Kelihatan, Nadzmi Adhwa Sakat Isteri Dengan Panggilan Kakak, “Say Hi To Kakak.”

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberi respon terhadap perubahan fizikal bintang berusia 30 tahun itu.

‘Baby Bump’ Ardell Jelas Kelihatan, Nadzmi Adhwa Sakat Isteri Dengan Panggilan Kakak, “Say Hi To Kakak.” ‘Baby Bump’ Ardell Jelas Kelihatan, Nadzmi Adhwa Sakat Isteri Dengan Panggilan Kakak, “Say Hi To Kakak.” ‘Baby Bump’ Ardell Jelas Kelihatan, Nadzmi Adhwa Sakat Isteri Dengan Panggilan Kakak, “Say Hi To Kakak.” ‘Baby Bump’ Ardell Jelas Kelihatan, Nadzmi Adhwa Sakat Isteri Dengan Panggilan Kakak, “Say Hi To Kakak.”

Terdahulu, Ardell dan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.

IKLAN
View this post on Instagram

Syukur pada Allah ❤️ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior 👶🏻 dalam perut awak masa ni 🤰🏻Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya 🤰🏻❤️ Syukur Ya Allah 🤲🏻 #Adhwardell Junior 2020 😍 New Journey for me 🤲🏻

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI