“Membesar Dengan Mereka,”- Zakiah Anas, Fuad Abdul Rahman & Zainal Ariffin Akan Muncul di Buletin Utama, Netizen Tak Sabar!

Sebentar tadi, akaun Instagram program berita nombor satu negara, Buletin TV3 mengumumkan mereka bakal mengundang semula penyampai-penyampai berita lagenda tanah air untuk kembali bersiaran bermula 26 Mei hingga 1 Jun ini.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan itu, kesemua nama-nama besar ini dijemput semula sebagai penyampai berita bagi menjayakan sebuah projek istimewa bersempena ulang tahun TV3 yang ke-38.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

“Anda mengenali wajah-wajah ini?

“Penyampai berita legenda akan kembali bersiaran dalam Buletin Utama, setiap hari dari 26 Mei sehingga 1 Jun 2022 sempena Ulang Tahun TV3 ke-38.

“Nantikan kemunculan mereka!,” tulis pengendali akaun tersebut.

Antara wajah-wajah penyampai berita yang dikongsikan di dalam poster adalah seperti Zakiah Anas, Fuad Abdul Rahman, Zainal Ariffin, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Ezzah Aziz Fawzy dan Azura Karim.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mengimbau kembali momen-momen sewaktu zaman kegemilangan penyampai-peyampai berita ini

“Lagenda TV3. Membesar dengan diorang ni.

“Menggamit kenangan zaman 90-an.

“Rindu nak dengar lunak suara mereka.

“Semua best. Sebab hari-hari abah dok tengok Buletin Utama TV3.

IKLAN

“Wah, tak sabar nak tengok ni. Membesar dengan tengok berita dari mereka semua. Love sangat.

“Welcome back senior,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, stesen televisyen, TV3 bakal menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-38 pada tanggal 1 Jun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Zakiah Anas