Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menceritakan kembali kisahnya saat bertemu dengan beberapa orang peminat kecil baru-baru ini.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, kanak-kanak tersebut dilihat amat teruja ketika terserempak dengannya yang pada ketika itu sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Enggan menghampakan kanak-kanak tersebut, Ajak kemudiannya turut daripada keretanya lalu menyantuni kanak-kanak tersebut yang juga merupakan pasangan adik beradik itu.

“Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro! “Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Kebetulan tengah bersembang dalam renyai, aku ternampak tiga beradik ni. Dari jauh aku nampak diorang excited ternampak pelawak suam kuku ni.

“Aku terus lintas jalan sebab tak nak diorang yang lintas. Dapatlah bagi hadiah raya sikit kat adik ni. Nampak dekat muka diorang yang diorang happy,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, momen-momen seperti itu sebenarnya yang membuatkan dirinya berasa puas bergelar seorang anak seni.

IKLAN

“Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro! “Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro! “Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro!

“Aku puas. Serius aku puas dapat gembirakan diorang. Semoga membesar jadi anak soleh solehah dan insan yang berjaya. Doakan rezeki pakcik ye Dik.

“Pakcik simpan sini buat kenangan,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji sikap Ajak yang sentiasa mesra ketika bersama dengan peminat.

IKLAN

“Semoga Allah luaskan lagi rezeki Ajak sekuarga. InshaaAllah. Terbaik Ajak.

“Terima kasih brother. Semoga terus dimurahkan rezeki.

“Sampai tua dia akan ingat jumpa artis kat simpang tau.

“Touching. Thank you ajak sebab bagi kanak-kanak rasa nikmat jumpa orang yang selalu kita tengok dalam tv je.

IKLAN

“Berkongsi rezeki dan mengembirakan orang disekelilig. Pasti Allah gandakan rezeki awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, bakat ajak sebagai pelawak mula dicungkil ketika dia menyertai program, Raja Lawak musim ke-6 bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai pasangan pelawak, Shahrol Shiro.

“Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro! “Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro! “Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro!

Bersama kumpulan Shiro, Ajak juga pernah menjuarai program lawak popular, Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.

Ketika ini, ajak merupakan seorang penyampai di stesen radio Suria FM yang mengendalikan segmen, Team Pagi Suria bersama rakan penyampai Fizi Ali dan Suraya Borhan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI