Difahamkan,selain Masjidil Haram,Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup selama satu jam selepas solat isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat subuh bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan serta sterilisasi.
Kerja-kerja pembersihan giat dilakukan bagi menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah.
Foto:Instagram Selebriti, Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menyatakan kagumnya atas anugerah yang dikurniakan kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi rancangan temubual di sebuah program televisyen.
Jelasnya, wanita yang dikenali sebagai Wani Ardi itu dilahirkan tanpa rahim namun melalui kehidupan ini dengan penuh semangat dan kesyukuran.
“WANITA Yg bersama mummy Becca ni sgt HEBAT,WANITA TerPilih Oleh Allah SWT,WANITA Yg Kuat.
“MasyaAllah bak kata nya 5000 dalam 1 !!Dan Satu tu la DIRInya….Di LahirKan Sejak Azali lagi Tanpa Rahim,WANITA Hebat Ini Kuat Dari Segi Mental Dan Fizikal nya,Murah dgn Senyuman,Dan Murah dgn berKongsi Cerita,Saya Berbangga Dgn Anak Muda Ini,Tidak Malu BerKongsi Cerita Dgn Anugerah Yg Diberi Allah SWT padanya ,Malahan Sekarang, WANITA Ini byk buat TALK Utk Memberi semangat kepada WANITA WANITA lain.
“Siapa Kenal dia taq kan nama dia kat sini please,Mummy Becca Lupa Nak tanya IG nya.
“Mummy Becca DOA kan,Anda Sentiasa Kuat,Dan Bahagia Dunia Akhirat,Nice to meet you,” tulis ibu prihatin ini.
Anggota kumpulan Fourteen, Ameer berkongsi berita gembira apabila selamat menerima kehadiran cahaya mata pertama tanggal 14 Mac lalu. Dia turut mendedahkan nama putera sulung, Noah Eusoff di laman Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr , semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin. 🤲🏻👶🏻🍼♥️😍😍😍😍😍 #NoahEusoff
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof menyatakan rasa keliru berhubung amal ibadat bersedekah pada masa kini.
Soalnya, adakah seseorang dianggap tidak prihatin andai tidak mempertontonkan amalannya di media sosial.
Malah jelasnya menerusi satu entri di Instagram, dia tidak menghakimi sesiapa sebaliknya bimbang andai niat ikhlas itu hilang apabila amal dipertontonkan.
“Zaman ini..aku keliru, adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amalnya.
“Terpulang, tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa. Zaman ini sungguh aku keliru.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” tulisnya.
Setelah tujuh minggu berjuang dan berhempas pulas memberikan persembahan terbaik, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan bagai menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara sulung Kilauan Emas Selebriti (KES) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Sabtu.