Tidak dinafikan, penampilan pelakon Tasha Shilla ada ketikanya mengundang kritikan netizen apabila ada yang memberi anggapan, sesetengah pakaian yang dipakainya agak seksi dan keterlaluan. Malah ada yang memberikan gelaran artis simbol seks buatnya suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, seiring dengan perkembangan semasa dan kematangan usianya menyebab pelakon versatil ini dilihat sudah mulai peka dengan imej dan penampilan. Ditanya mengenai perkara tersebut, Tasha sejujurnya memberitahu, dia masih Tasha Shilla yang dulu.

Masih Selesa Ke Digelar Simbol Seks? Ini Jawapan ‘Win’ Tasha Shilla!

IKLAN

“Kalau ada yang masih bercakap mengenai perkara itu, mulut orang tidak boleh nak tutup. Memadai jika saya tahu apa yang dilakukan dan saya kenalah terima pada fokus pada matlamat sekarang. 

 

“Dari segi penampilan pula saya pun tak tahulah nak cakap. Saya masih lagi pakai seksi. Saya tetap jadi diri saya sebab saya tetap sama sahaja. Misalnya kalau saya pergi pantai dan rasa nak pakai skirt pendek, saya akan pakai. Begitu juga kalau ke gim, saya akan pakai apa yang dirasakan sesuai. Yang penting kita tahu siapa diri kita,” katanya kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang ditemui wakil media sejurus pelancaran drama terbaru lakonannya, Air Mata Syurga di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini turut teruja untuk melihat reaksi peminat terhadap lakonannya menerusi drama 30 episod itu.

Masih Selesa Ke Digelar Simbol Seks? Ini Jawapan ‘Win’ Tasha Shilla!

IKLAN

“Suatu yang mencabar dan sebagai pelakon, saya memang idam untuk bawa watak kembar. Pertama kali dukung watak sedemikian dan apa yang saya boleh kongsi, bukan mudah untuk jayakan watak berkenaan. Perlukan penghayatan dan energi tersendiri.

Drama rantaian terbitan Darkwave Pictures itu bakal bersiaran mulai hari ini, setiap hari Isnin dan Selasa, 9.00 malam menerusi saluran HyppSensasi (116), Unifi TV. Turut sama beraksi di dalam drama berkenaan ialah Afiq Muiz, Haliza Misbun dan ramai lagi.

Foto: Instagram Tasha Shilla

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI