Baru-baru ini video memaparkan anak kedua pelakon Wawa Zainal yang sedang bersolek sambil diiringi lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.

Terbaharu, menerusi Insta Story Wawa, aktres ini ada berkongsikan luahannya berhubung tindakan netizen yang kini senang-senang melabelkan ‘syurga neraka’ seseorang individu itu.

Dalam perkongsian itu, Wawa atau sebenar, Nurul Hawa Zainal Abidin, 31, memuat naik tangkap layar (screen shot) komen yang ditinggalkan seorang individu berhubung ‘keterlanjuran’ pelakon itu yang memuat naik video anaknya sebelum ini.

Menerusi komen itu, individu tersebut menegur perbuatan Wawa.

“Ada yang kata ala lagu je. Takpelah kalau dah kata macam tu. Allah akan membalas setiap apa yang kita buat atas muka bumi ni.

IKLAN

“Atas dunia bolehlah bagi seribu satu alasan, dekat akhirat mana mahu lari. Neraka tunggu penghuninya,” tulis individu berkenaan.

Masih Lagi Ditegur Isu Pakai Lagu ‘Bloody Mary’, Wawa Zainal; “Takutlah Netizen Sekarang, Siap Tentukan Syurga Ke Neraka.”

Tidak berdiam diri, Wawa kemudiannya memberi respon terhadap komen tersebut dengan menulis, “Pulak dah. Yela, kau seorang je ahli syurga. Takutlah netizen sekarang, siap tentukan syurga ke neraka.”

IKLAN

Terdahulu, Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magrifatul Adzkiyaa yang sedang bersolek menggunakan produk keluaran pelakon tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Dalam video tersebut, Hayla menggayakan dres berwarna hitam sambil mengikuti ‘trend challenge’ yang popular di TikTok, mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.

IKLAN

Rata-rata netizen menegur lagu Bloody Mary yang dimainkan dalam video itu tidak berapa sesuai dan menasihati Wawa supaya lebih peka dan sensitif supaya mengkaji dahulu maksud lirik lagu tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI