Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli baru-baru ini telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami tersayang yang turut disertai anak-anak.
Mencuri perhatian ramai, Kak KM yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri ini ada berkongsi momen indah sepanjang majlis di media sosial miliknya, termasuk di Instagram.
Pereka fesyen meningkat naik, Nik Aswat terharu apabila pertujukan fesyen pertama pertama yang disertainya bersama empat pereka lain mendapat liputan media di antarabangsa, baru-baru ini.
Mengambil inspirasi daripada filem Bollywood blockbuster, Gangubai Kathiawadi lakonan Alia Bhatt, Nik Aswat mengakui dia mengambil sisi positif yang ada di dalam figura terbabit untuk diterjemahkan di dalam rekaannya.
“Sejujurnya saya terkejut. Saya hilang kata-kata. Saya tak sangka fashion show pertama mendapat liputan media luar negara, terutamanya di India.
“Mungkin kerana inspirasi yang saya cuba paparkan menyebabkan ia menjadi bulan.
“Saya sangat terharu dan bangga kerana dapat mengangkat jenama Nik Aswat di peringkat antarabangsa. Saya gembira penggemar di Malaysia mula mempercayai jenama saya dan ia mula diperkatakan di luar negara,” katanya.
Mengambil masa dua bulan sebagai persiapan, Nik Aswat begitu teliti dalam menghasilkan koleksi untuk digayakan dalam pertunjukan fesyen sulung.
“Bermula dengan rekaan, perincian, persiapan dan sebagainya, saya memang memberikan usaha 100 peratus. Saya memang teliti. Saya juga buat kajian mengenai filem Bollywood terbabit.
“Impak liputan media antarabangsa, saya mendapat jemputan dari negara Nepal, India, Laos dan Indonesia untuk berkolaborasi. Semuanya masih dalam perbincangan tetapi ia mendapat respons positif.
“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan mahu lebih menempa nama dalam bidang fesyen di dalam dan luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Aswat yang memulakan kerjaya fesyen secara serius lebih dua tahun lalu berbesar hati apabila kini ramai yang mulai percaya dengan busana yang dihasilkan.
“Setakat ini saya bersyukur kerana rekaan turut mendapat kepercayaan dari kalangan pengasas produk yang terkenal, misalnya CheTa Pot Pet dan Mua Bella.
“Selain itu saya banyak ambil tempahan untuk busana perkahwinan, acara makan malam, persembahan dan sebagainya. ‘Market’ saya lebih cenderung di Utara Semenanjung,” katanya yang optimis untuk mengembangkan bakat rekaannya seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Reen Rahim, mengumumkan dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini dengan jejaka yang dikenali dengan pangkal nama Mr. H.
Reen atau nama sebenarnya, Noreen Asyikin Abdul Rahim, 34, walau bagaimanapun enggan berkongsi identiti bakal suaminya sehingga menjelang hari bahagianya nanti.
“Saya akan menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini namun saya tidak boleh berkongsikan lagi tarikh serta identiti bakal suami sebab nak elak daripada penyakit Ain.
“Apa yang boleh saya kongsikan si dia adalah orang daripada industri seni serta terlibat dalam bidang perniagaan. Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan dia enam tahun lebih muda daripada saya,” katanya kepada MH.
Reen ditemui pada majlis sidang media pengumuman majlis perkahwinannya yang berlangsung di Irama Dining, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam majlis itu juga, Reen turut mengesahkan dia sudah bertunang pada 12 Ogos lalu.
Sebanyak tiga majlis dirancang iaitu berinai, akad nikah dan resepsi yang mana mendapat keseluruhan RM15 juta daripada Ceres Gold dan The Kenduri.
Majlis pernikahan akan diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya manakala resepsi di Forest Valley Hall, Cheras.
Berkongsi lebih lanjut, Reen berkata pada awalnya, dia dan bakal suami tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin namun disebabkan doa ibu bapa, akhirnya mereka terbuka hati untuk melangkah ke fasa baharu dalam hidup.
“Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk berkahwin dan terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.
“Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk halalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program Famili Duo, Siti Nursairah Tarudin memohon doa yang baik-baik selepas mengesahkan dia kini sedang hamil anak kelima selepas dua kali keguguran.
Siti Sairah, 38, berkata dia berdoa semoga fasa kehamilannya kali ini berjalan dengan lancar.
“Dapat tahu (hamil) minggu lepas. Harap dipermudahkan. Usia kehamilan saya masih belum dapat pastikan lagi kerana belum berjumpa dengan doktor.
“Sebelum ini saya sudah dapat agak dan ada kongsikannya kepada suami dan kakak, Siti Saida. Lalu saya lakukan ujian kehamilan dan alhamdulillah positif.
“Saya dan suami terima dengan hati terbuka, ini rezeki. Cuma pada awal kehamilan ini, saya mula alami alahan. Harap dipermudahkan sampailah bersalin, insya-Allah,” katanya.
Adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza ini juga mengakui dia keguguran kali kedua pada awal tahun ini.
“Apabila kembali hamil, memang saya risau juga memandangkan usia kandungan masih lagi baru.
“Malah sebelum ini pun doktor meminta saya untuk betul-betul menjaga selepas dua kali gugur. Saya harap kali ini ada rezekilah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Sairah dan suami, Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha.
Menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Sementara itu, menerusi saingan minggu kedua Famili Duo yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, Saida dan Sairah menduduki markah terendah dengan 38.2 peratus.
Pasangan adik beradik yang digelar Siti Sisters itu membawakan lagu Kejora Ku Bersatu yang dipopularkan oleh Search.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.