Beberapa keping foto kereta mewah yang difahamkan telah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun tular di media sosial hari ini.
Meski tiada perincian yang dibuat, namun ramai mendakwa kenderaan berkenaan yang disita dipercayai berkait rapat dengan siasatan terhadap kes penggubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.
Bagaimanapun spekulasi lain turut timbul apabila ada yang mendakwa, salah satu foto kenderaan yang dimuat naik mirip kenderaan yang dimiliki pelawak dan penyampai radio, Shuib.
Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom ketika diminta mengulas mengenai perkara terbabit memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.
Nana Mohamad turut menjelaskan, Shuib akan menjelaskan beberapa perkara termasuk spekulasi yang tular di media sosial selepas urusannya dengan SPRM selesai.
Ads
“Maaf, buat masa ini kami tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut memandangkan kes ini masih dalam siasatan SPRM.
“Kami harap semua pihak faham atas situasi yang berlaku.
“Betul atau tidak itu kereta Shuib sebagaimana yang didakwa, biarlah orang di luar terus berspekulasi,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai kehidupan Shuib serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah, Nana memberitahu keduanya tetap meneruskan kerja seperti biasa.
“Shuib masih kerja macam biasa, begitu juga dengan Sarah. Komitmen sedia ada masih lagi diteruskan tanpa ada apa-apa masalah.
“Terima kasih atas doa dan semangat positif yang diberikan,” katanya ketika dihubungi MH.
Ads
Sebelum ini, Indigital Music menerusi satu kenyataan memaklumkan artis mereka, Siti Sarah Raissuddin hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu ketika pelawak itu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, pada Khamis.
Selebriti itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
Media sebelum ini turut melaporkan, SPRM telah membeku kira-kira 750 akaun milik ahli sindiket Macau Scam dan Perjudian melibatkan nilai RM75 juta.
Selain itu, SPRM turut menyita rumah serta 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini termasuk lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini atas kejayaan mereka muncul sebagai juara pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Mereka menewaskan empat finalis lain iaitu BORO yang dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad), PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali), TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif) dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).
Dengan kemenangan TIRO membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 dan sebuah trofi.
Tempat kedua menjadi milik kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 dan sebuah trofi dan BORO ketiga, membawa pulang hadiah kemenangan RM150,000 dan sebuah trofi.
Manakala di tempat keempat ialah milik kumpulan BAHYE yang membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi dan TOBAT dengan hadiah kemenangan RM15,000 beserta sebuah trofi di kedudukan terakhir.
Pada pentas akhir kali ini bertemakan Muzikal dan Bebas itu dan kesemua peserta perlu membuat dua tugasan.
Persembahan dinilai berdasarkan format penjurian 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di laman web.
Juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.
Program yang ditayangkan di saluran Astro Warna (132) sejak 15 Oktober lalu dan bersiaran selama 10 minggu dihoskan oleh pengacara Datuk AC Mizal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Farah Nabilah ‘mencuri’ masa dari kesibukan bekerja untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Farah kali ini berkesempatan menikmati percutian di Krabi, Thailand bersama ibu, Haslinda Ismail dan adik-beradiknya; terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan.
Momen indah itu dikongsikan pelakon Cik Reen Encik Ngokngek di Instagramnya.
Pelakon Anna Jobling dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur semalam selepas disahkan denggi.
Menurut Anna, 22, atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia pada awalnya mengalami demam beberapa hari ketika menjalani penggambaran drama Melur Untuk Firdaus.
Malah bahagian badannya turut naik ruam merah merah selain suhu badan tinggi.
“Saya kena selepas menjalani penggambaran di sekitar Melaka dan Port Dickson. Kerana rasa tak sedap badan, saya ke hospital bagi melakukan ujian darah.
“Bagaimanapun keputusannya negatif (denggi) dan saya diberikan cuti dua hari. Kemudian saya kembali ke lokasi penggambaran. Saya okay cuma rasa pening kepala ketika itu.
“Namun pada sebelah malamnya, rasa masih tak sihat. Demam teruk balik. Sekali lagi saya buat ujian darah dan kali ini didapati positif denggi,” katanya.
Namun, bekas peserta Dewi Remaja 2018/19 ini dilaporkan berada dalam kadaan baik dan dipantau doktor.
“Saya masih dirawat dan sedang berehat. Hanya minum air banyak. Ambil makanan yang disarankan selain tahap kesihatan dipantau dari semasa ke semasa.
“InsyaAllah akan baik selepas ini. Doa kan semoga saya cepat sembuh, terima kasih,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular, Ernie Zakri percaya penglibatan dan sokongan golongan artis serta selebriti tempatan dalam menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 sebagai peluang besar...