Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah memberikan bantuan air secara percuma bagi penduduk yang menetap di negeri Selangor.

Difahamkan ada beberapa bahagian di kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan air dibeberapa daerah bermula semalam.

Lalu, Ebit mengambil insiatif dengan menyediakan dua lori air bersih untuk diberikan kepada orang ramai di sekitar Batu Caves.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

IKLAN

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

IKLAN

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew,” tulisnya.

View this post on Instagram

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves. Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan. Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua. Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

IKLAN

Lalu, rata-rata netizen memuji niat murni Ebit yang sangat prihatin dan peka dengan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat.

“Paling Sayu Pakcik Makcik Tua-Tua Nak Air,” – Ebit Lew Sediakan Air 2 Lori Besar, Cuba Bantu “Paling Sayu Pakcik Makcik Tua-Tua Nak Air,” – Ebit Lew Sediakan Air 2 Lori Besar, Cuba Bantu

Foto: Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI