Industri hiburan tanah air dikejutkan berita pemergian seorang anak seni, Sandra Dianne yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat pagi di Hospital Putrajaya awal pagi ini.

Menerusi segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk, Shuib dan Fizi di radio Hot FM, mereka sempat merakamkan perbualan bersama penyanyi Sufie Rashid.

Difahamkan, Sufie merupakan penyanyi yang terakhir berduet bersama arwah Sandra di pentas Big Stage 2020, dua minggu lalu.

“Masa Rehearsal…Dia Asyik Pakai Putih,” – Sufie Rashid Dedah Sikap Arwah Sandra Dianne

IKLAN

Menurut penyanyi kelahiran kota Singapura ini, dia tidak pernah menyangka rakan artisnya itu akan meninggalkan dirinya untuk selamanya.

“Bila Sufie ingatkan balik masa rehearsal dengan Sandra dia asyik pakai putih, semua serba putih daripada atas sampai bawah semua putih.

IKLAN

“Tapi masa tu saya tak ada lah terfikir apa-apa. Cuma saya macam pelik sebab diri dia macam sangat bercahaya, dan dia pun sangat ceria.

“Dia ada pesan kat orang tak tahu lagi bila nak jumpa, tapi jaga diri elok-elok. Saya tak terfikir pun dan bila dah terjadi dia meninggalkan kita, saya rasa macam tak sangka itu merupakan kali terakhir kita jumpa sahabat kita,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, arwah Sandra dilaporkan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage 2020, Sabtu lalu.

Video: Instagram Hot FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI