Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.
Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.
Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.
“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.
Ads
“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.
“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan celaka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.
Ads
“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.
“Maaf dengan perkongsian pics ini. Tak sanggup nak lihat, lagi & lagi & lagi. Gadis-gadis yang hamil luar nikah, anda tak perlu buang anak-anak itu sekejam ini.
“Takut? Pada siapa? Sedangkan Allah melihat semuanya. DIA yang perlu kite takuti sebelum terlanjur melakukan perkara-perkara ini.
“Kekasih yang patut bertangungjawab melarikan diri? Atau janji akan mgahwini cuma bukan sekarang? Okay.
“Tapi sedar tak macam mana masa depan anak ini? Dia tetap anak TIDAK SAH TARAF,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Iesya turut menjelas bahawa dia sedia membantu para ibu yang telah terlanjur bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik selepas ini.
“Jangan la kerana nafsu, kite buang maruah diri. Jangan. Ramai gadis lain yang menyesal kerana BF yang hamilkan mereka tak ada masa depan.
“Kite perempuan perlu jaga diri. Apepun DM kak Sya. Alhamdulilah buat setakat ini 18 babies berjaya diselamatkan dan ibu-ibu mereka sudah pun menjalani kehidupan yg lebih positive.
“I’m here to help, not to judge. Hugs,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gerem saat mengetahu berita pembuangan bayi tersebut.
Terdahulu, pihak polis daerah Tangkak mengesahkan bahawa mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam.
Bayi yang masih bertali pusat seberat 2.6 kilogram itu ditemui di longkang Jalan Kebun pada Isnin.
Sumber: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shakilla Khoriri terkejut sekali gus tidak dapat menahan rasa sebak apabila kehadiran suami, Fizi Ali dan anak tunggal mereka Ameena Sofia ke set penggambaran di Melaka nyata mengubat kerinduan.
Ini kerana, kunjungan mengejut dua insan istimewa di dalam hidupnya itu Jumaat lalu benar-benar bermakna selepas Shakilla tidak bertemu mereka kira-kira 2 minggu kerana komitmen kerja.
“Pada suatu petang yang panas lagi terik pada hari Jumaat datang lah seorang bapak bersama anaknya buat kejutan apa entah dekat aku.
“Aku paling pantang orang datang set aku walau sekadar nak tengok atau apa. tak suka dari dulu sampai sekarang.
“Tapi kali ni aku tak mampu nak kata apa sebab aku rasa kedatangan kali ni betul-betul bermakna buat aku. TERSANGAT!
“Rasa jantung nak pecah. Hilang rasa demam hilang sakit badan hilang semuanya. SUMPAH!
“Aku tak sangka aku demam rindu. Bodo lah. Sepengkid-pengkid aku akhirnya aku tewas dengan perempuan kecil ni. Thank you @fiziali_ you are the best! Thank you so much.
“Can’t wait to see you again baby girl @ameenasofia_,” tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik di Instagram.
Meraih hampir 20,000 tanda suka pada hantaran tersebut, sedutan spontan itu turut mengundang rasa para pengikutnya termasuk rakan selebriti.
Sebagai imbasan, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang mencecah usia lebih.
Foto: Instagram Shakilla Khoriri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail, 38, mengakui sehingga sekarang dia tidak pernah jemu belajar selain rajin bertanya bagi memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Kata Nizam, peluang isi masa bersama nama-nama besar dunia penyiaran memberi ruang buatnya untuk buka minda, seterusnya mengambil apa yang baik bagi dipraktikkan dalam kerja.
“Ketika saya masih baru, kita terlalu mengidolakan nama-nama besar wartawan penyiaran atau personaliti televisyen. Rasa seronok dan fokus bila tonton mereka baca berita atau jadi hos di kaca TV.
“Sepanjang fasa itulah, saya ambil peluang belajar dengan Allahyarham Mahadzir Lokman. Kalau nak belajar mengenai program bual bicara, saya akan cari Nurfarahin Jamsari.
“Malah ketika dapat tugasan kendalikan Malaysia Hari Ini dulu, saya seminggu tak tidur malam kerana takut.
“Sekarang saya ada juga timba ilmu dengan Vanidah Imran memandangkan kami sentiasa digandingkan bersama di dalam majlis-majlis kenamaan. Mintanya ajar ekspresi wajah ketika berucap,” katanya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga meminta perkara sama perlu dilakukan pengacara muda sekiranya mahu kekal relevan dalam bidang penyiaran dalam tempoh lama.
“Ketika ini, saya lihat memang ramai pengacara baru yang datang dan pergi. Bagi saya, wartawan penyiaran atau hos yang baik perlu timba pengalaman sebagai wartawan terlebih dulu.
“Begitulah saya ketika bekerja di TV3 sebelum ini. Bila anda sudah ‘dilanyak’ untuk menjadi wartawan yang baik dalam mencari maklumat, tak mustahil anda boleh ‘handle’ cara untuk bercakap, susun ayat, berdepan dengan orang ramai dan sebagainya.
“Ada pengacara sekarang yang pernah saya lihat, dia menyebut ‘ini soalan saya yang pertama’. Kalau kami dulu cakap begitu akan kena maki dengan senior.
“Ada yang bagus dan boleh pergi jauh, cuma jangan pernah rasa malas untuk terus belajar.
“Malah saya sendiri masih rasa diri masih junior kalau nak dibandingkan dengan personaliti yang sedia ada,” katanya.
Ditanya sama ada dia mulai rindu untuk kembali selepas dua tahun berehat daripada dunia penyiaran, Nizam menjelaskan dia kini cuba terokai dunia baru untuk cabar diri.
“Sejujurnya, memang rasa rindu terutamanya dengan suasana turun padang bekerja sebagai wartawan serta kesibukan ketika berada di lokasi.
“Saya tak pernah rasakan saya berhenti, tetapi saya lebih selesa mengatakan saya hanya mengambil sedikit waktu untuk berehat.
“Saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dan sebelum kembali dengan semangat baru yang lebih kuat.
“Meski tak muncul di kaca TV, namun saya bersyukur rezeki dalam bidang pengacaraan masih ada, khasnya untuk mengendalikan acara-acara penting selain di media sosial,” akui Nizam yang kini turut menjadi perunding pelaburan AIA berjaya.
Kini melibatkan diri dalam produksi dokumentari pula, suami kepada Khairul Noormaaidah Zali, juara pencarian Gadis Melayu ini juga diperkatakan selepas muncul mengendalikan majlis akad nikah pelakon Mira Filzah.
“Selepas selesai mengacara majlis terbabit, saya terkejut kerana laman sosial dihujani pelbagai notifikasi yang memberi respon mengenai kemunculan saya.
“Syukur kerana komen yang ditinggalkan berbentuk positif dan memuji lenggok, lantunan suara serta kebolehan saya dalam menyusun perkataan. Rasa bersyukur dan berterima kasih,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nizam turut terkenal sebagai antara perantara program bual bicara online Sinar Harian yang sering membincangkan isu-isu berat termasuk hal politik semasa negara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.