Sempena Ramadan tahun ini, Datuk Lee Chong Wei ada berkongsi kenangan saat dirinya bersama pemain pelapis lain ketika menjalani latihan di Bukit Jalil ketika usianya masih belasan tahun.

Dedikasi tersebut disampaikan bintang sukan hebat ini menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu, ketika seluruh umat Islam seluruh negara menyambut 1 Ramadan.

Sambil menyifatkan puasa tahun ini sebagai suatu memori yang akan diingati buat selamanya, dia turut terkenang memori apabila seorang rakannya beragama Islam yang terpaksa menjalani ibadah puasa dan pada masa sama perlu jalani latihan intensif yang ketat.

“Happy Ramadan kepada sumer umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 mmg special. I pasti sumer rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kpd anak-anak cucu-cucu nnt masa akan datang.

“Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dgn keluarga tersayang. Bersyukur kerana ramai yg tidak dapat bersama keluarga akibat Covid19 ni.

IKLAN

“I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk bukit jalil. Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu. Bawak team pemain pelapis termasuk saya gi trek balapan. Suh lari 12 km terus.

“Punyerlah panas…. Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu mcm I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat.

“Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pon sampai. Ingtkan nk minta air, kita pon standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sgt.

IKLAN

“Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur.

Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang!,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

Dia bagaimanapun tidak pula mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan dengan ‘H’ sebagaimana yang ditujukan.

Sementara itu, para pencinta sukan turut memberikan reaski terhadap ucapan serta pengkongsian murni yang dititip Chong Wei.

View this post on Instagram

Happy Ramadan kepada sumer umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 mmg special. I pasti sumer rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kpd anak-anak cucu-cucu nnt masa akan datang. Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dgn keluarga tersayang. Bersyukur kerana ramai yg tidak dapat bersama keluarga akibat Covid19 ni. I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk bukit jalil. Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu. Bawak team pemain pelapis termasuk saya gi trek balapan. Suh lari 12 km terus. Punyerlah panas…. Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu mcm I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat. Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pon sampai. Ingtkan nk minta air, kita pon standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sgt. Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur. Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang! #stayhome #staysafe #wawasan2020 #ramadan2020 #dongibab #stayhomeramadan 今年的斋戒月很不一样,原本是穆斯林同胞团圆时分、热闹佳节,然而新冠肺炎的来袭,没有回乡、没有市集、不能集体祈祷不能与家人朋友一起开斋…… 然而在这个非常时期,更重要的是还是要谨慎,我相信全民一起手牵手,很快的雨后就会看到彩虹!祝福所有穆斯林朋友顺利完成斋戒功修。 斋月吉庆。

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Foto: Instagram Datuk Lee Chong Wei

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI