Pengarah dan penerbit Sheila Rusly mengakui rasa sebak dan menangis apabila membayangkan program ikoniknya setiap kali menjelang Ramadan, Ketuk-Ketuk Ramadan musim ini bakal menjadi yang terakhir bagi dirinya.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, bintang Leftenan Zana itu bagaimanapun masih belum menerima maklum balas dari RTM berhubung pendirian tersebut di bawah produksi JS Pictures.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
“Memang betul ini tahun yang terakhir, tetapi belum dapat surat dari RTM lagi yang mengatakan kita terima surat JPS Pictures yang mengatakan ini yang terakhir. Kita belum dapat lagi. Setakat ini kita hanya dapat satu panggilan yang memanggil pihak kami untuk mesyuarat.
“Kalau ikutkan saya, memang mahu yang terakhir sebab Ketuk-Ketuk Ramadan sudah sampai ke musim yang ke-15, kalau tak berhenti sekarang bila lagi saya nak berhenti.
“Daripada anak saya kecil hanya tonton rancangan tersebut, sampailah sekarang dia sudah kerja dengan saya dan turut bantu Ketuk-Ketuk Ramadan. Bayangkan berapa lama tu?,” kongsinya kepada MH.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Ditanya sama ada sejauh mana nilai sentimental program tersebut terhadap dirinya, Sheila mengakui menangis selepas selesai rakaman terakhir memandangkan dia menyerahkan seluruh jiwa dan raga terhadap program masakan itu.
“Sayang. Saya menangis masa selesai rakaman episod terakhir. Sedih sebab dan saya buat program tersebut dari musim pertama hingga ke-15 tanpa skrip.
“Content, resipi, soalan untuk artis semua saya lakukan. Sampai macam tu sekali,” katanya yang tidak menolak untuk terokai dunia digital secara meluas selepas ini.
Dalam perkembangan lain, Sheila kini sedang sibuk dengan projek terkininya, telemovie khas raya berjudul Dosa Tak Diiktiraf dibintangi Elly Mazlein dengan Zarul Umbrella.
Tiada kata dapat diungkapkan melihat penderitaan yang dialami bayi berusia setahun tiga bulan, Syifa yang mengalami komplikasi kesihatan Hydrocephalus (kondisi penumpukan cairan di dalam otak).
Malah, bayi ini turut sumbing dan buta sewaktu dilahirkan.
Penyampai radio, Abby Fana menerusi ruangan kapsyen di Instsgram menyatakan pernah melawat adik Syifa Ramadan tahun lalu, namun perkembangan terkini bayi kecil ini cukup menyayat hati.
“Menginsafi & Mensyukuri
“Baby Syifa dilahirkan dgn komplikasi kesihatan; hydrocephalus, sumbing & buta. Pertama kali k.bed & geng biro kebajikan ukhwah muslimat putra heights @umph menziarahinya ialah pd Ramadan 2018 (gambar 1 & 2).
“Ahad lepas kami berpeluang menziarahinya kembali…lihat gambar 3…kondisi terkini Syifa ? K.bed ckp pada ibunya Pn.Safiah…Inilah Syurga awak, ada di depan mata…terus mata kami berkaca.
“Difahamkan doc tidak dpt buat pembedahan krn terlalu tinggi risiko… Mohon doa utk Syifa yg kini berusia 1 tahun 3 bulan ya,” tulisnya.