Di samping itu, Zarina juga turut memberi kata-kata nasihat kepada pengikutnya di Instagram untuk sentiasa bersikap menyayangi diri sendiri terdahulu sebelum menyayangi orang lain.
Dalam pada itu, netizen bersetuju dengan pendapat dan kata-kata yang dilontarkan oleh Zarina menerusi video berkenaan.
Terdahulu, Zarina telah berkahwin bersama Pengiran Mohd Ilham Syazwan, seorang warga Brunei namun bercerai pada 18 Disember 2016.
Pelakon kacukan, Dini Azan Schatzmann yang mulai dikenali menerusi drama bersiri, Cik Reen Cik Ngok Ngek menafikan dirinya kini bercinta dengan pelakon Janna Nick.
Sebaliknya, pelakon berusia 25 tahun itu lebih senang untuk berkawan dengan semua orang, sementelah dirinya masih lagi baru dalam dunia lakonan tanah air.
“Saya dengan dia ada bekerjsama menerusi sebuah drama iaitu Bukan Cinta Aku.
Dalam drama tersebut, Janna pegang watak sebagai kakak saya. Jadi secara tak langsung dia banyak membantu saya dalam lakonan, memandangkan drama tersebut merupakan percubaan saya yang kedua.
“Malah, saya sendiri masih rasakan kualiti lakonan pun masih perlu diperbaiki, jadi dia membantu dan kami menjadi kawan,”jelasnya kepada MH.
Diajukan sama ada keduanya mempunyai hubungan istimewa apabila Janna dilihat sering memberikan komen terhadap kebanyakan foto aktor tersebut di Instagram, ini jawapan Dini ada jawapannya sendiri.
“Dalam industri seni ini, saya masih lagi baru dan tak kenali ramai penggiat seni lainnya. Kalau yang kenal pun saya akan teruskan hubungan berkawan itu. Macam dia, saya berkawan. Macam komen-komen di IG pun, setakat itu sajalah,” terangnya.
Ditanya adakah Janna Nick mempunyai ciri wanita pilihan, Dinie mengakui bintang Cari Aku Di Syurga itu seorang yang peramah.
“Dia wanita dan pelakon yang saya kagumi dan saya letakkannya sebagai kawan yang baik. Saya senang berkawan dengan dia, sama juga macam Fikry Ibrahim dan Hafidz Roshdi di set pun saya baik.
“Suka berkawan dengan artis lain di lokasi penggambaran sebab secara tak langsung saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Macam mana nak minta diajar, kenalah berkawan,” katanya lagi kepada MH.
“Dia pun seorang yang ‘bubbly person’ dan peramah. Siapa yang tak suka dengan individu yang ada sikap sedemikian,” katanya yang turut memberitahu turut berkawan rapat dengan Farah Nabila dan Nabila Razali.
Penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial akaun Instagram miliknya hingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi rakaman video tersebut, ia ada memaparkan gelagat anaknya, Arrianshah yang menyambut hari kelahiran sempena ke-7 tahun sambil menyanyikan lagu raya.
“selamat ulangtahun yang ke 7 buat arrianshah akid hari ni..semoga anak ayah panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki .
“ayah dengan ibu selalu doakan arrian dan andra jadi anak yg soleh,hormat orang tua dan belajar rajin-rajin
“hari ni ayah belanja toys ok..happy birthday arrian..ayah,dibu dengan adik sayang arrian
“terimalah sebuah lagu raya dari birthday boy..salam subuh guys,” tulisnya.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.