Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan akibat kesempitan hidup.

Kisah yang berlaku di Semporna, Sabah itu nyata menimbulkan tanda tanya di hati ramai pihak yang mempersoal mengapa permasalahan seperti ini boleh terjadi.

Antara yang turut terkesan sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut termasuklah pelakon, Atu Zero.

“Mana Ketua Kampung, Jiran Tak Tanya Ke Masalah Saudara Di Sekeliling,” – Jenazah Bayi Terbiar Kerana Kesempitan Hidup, Atu Zero Luah Rasa “Mana Ketua Kampung, Jiran Tak Tanya Ke Masalah Saudara Di Sekeliling,” – Jenazah Bayi Terbiar Kerana Kesempitan Hidup, Atu Zero Luah Rasa

Jelas Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, dia berasa terpanggil untuk memohon maaf kerana membiarkan insiden menyayat hati seperti ini berlaku di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Atu turut dilihat mempersoal keberadaan ketua kampung dan jiran-jiran terdekat sewaktu kejadian tersebut berlaku.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akueatu (@akueatu)

“Salam semua. Alhamdulilah. Maafkan saya dik. Mana ketua kampung disitu jiran-jiran diorang tidak tanya ka masalah saudara-saudara di sekeliling.

“Nasib baik ada sukarelawan situ yang lalu. Terima kasih banyak-banyak sama sukarelawan tu,” tulisnya.

Rasa sedih itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Atu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak sukarelawan yang membantu menyempurnakan jenazah bayi tersebut.

“Mana Ketua Kampung, Jiran Tak Tanya Ke Masalah Saudara Di Sekeliling,” – Jenazah Bayi Terbiar Kerana Kesempitan Hidup, Atu Zero Luah Rasa “Mana Ketua Kampung, Jiran Tak Tanya Ke Masalah Saudara Di Sekeliling,” – Jenazah Bayi Terbiar Kerana Kesempitan Hidup, Atu Zero Luah Rasa

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga bayi tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

IKLAN

“Allahuakbar, SubhanAllah. Kesiannya baby tu. Aku tersentak baca ni. Lindungilah anak-anak kami semua Ya Allah.

“Nun di syurga tempatmu. Tiada lapar tiada sakit hanya kegembiraan sayang. Allahu.

“Allahuakbar berat dugaan si ibu.

“Semoga nasib keluarga ini terbela,” antara komen-komen yang diberikan netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Atu Zero

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI