Sebelum ini, heboh diperkatakan apabila penyanyi Ara Johari, membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.

Bagaimanapun, menurut Ara, dia masih lagi aktif dalam kerjaya dan tidak membawa diri sebagai mana didakwa.

“Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan “Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan “Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan

“Ara tak bawa diri pun, ini semua salah faham, Ara masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram rasmi Ara, cuma mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single Tetap Aku Cinta, dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan.

“Single terbaru ini merupakan comeback buat Ara dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru daripada Ara,” katanya.

IKLAN

“Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan

Tetap Aku Cinta adalah sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan.

Single terkini tersebut diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

IKLAN

“Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Label Rocketfuel Entertainment, En. Feros Sayna mengharapkan agar lagu berkenaan diterima baik, memandangkan Ara sudah lama tidak hadir dengan naskhah baru.

“Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan “Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan

IKLAN

“Hampir setahun Ara tidak muncul dengan mana-mana single, kini masa yang sesuai untuk Tetap Aku Cinta dilancarkan.

“Semoga single ini bakal menjadi hit dan mendapat sambutan penggemar muzik,” jelasnya.

Muzik video rasmi single berkenaan sudah menerima lebih 50,000 tontonan selepas seminggu ia dilancarkan di YouTube.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI