“Mak Dia Jenuh Berkuntau Dalam Kereta Bila Dia Kena Tarik Dalam Panas Lit-Lit,” – Nourul Depp Trauma, Anak Diserang…

Penyanyi, Nourul Depp memaklumkan berita sedih melibatkan anaknya Raphael Depp yang telah diserang demam denggi.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nourul meluahkan rasa bimbang dan sedih apabila melihat keadaan anaknya yang turut diserang sawan secara mengejut.

Penyanyi berusia 46 tahun ini memberitahu anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Dah balik “merentas desa dari cyberjaya ke shah alam and ke KL; anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik) Lepas dah 2 tahun solid tak kena.

“Mak dia jenuh berkuntau dalm qeta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lh!

“Sekali check darah; laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.

IKLAN

“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam 1 min setengah tu,” tulisnya.

Sambil memanjat rasa syukur, Nourul pada masa sama turut mendoakan anak lelakinya itu segera sembuh.

“Sampai hospital, apa lagi of course kena masuk drip semua kn. adoiii … mama pun nak nangeh tengok masuk jarum.

“teruih terpikiaq, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok deriita anak.

“Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah 4-5 hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak healing. Kami blur sat…

“Hang ni memang robocop lah raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Takut part tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool. Kami terpanik hari ni.

“Mungkin sebab hormon pun dok nak betui lgi lepas kami 3 minggu buat #hysterectomy Yang pasti, parents mana suka anak sakit…Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin amin. YRA,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

View this post on Instagram

Kisahnya hari ni hari qeta. Dah balik “merentas desa dari cyberjaya ke shah alam and ke KL; anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik) Lepas dah 2 tahun solid tak kena. Mak dia jenuh berkuntau dalm qeta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lh! Sekali check darah; laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam 1 min setengah tu 😔😨 Sampai hospital, apa lagi of course kena masuk drip semua kn. adoiii … mama pun nak nangeh tengok masuk jarum😫 teruih terpikiaq, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? 😔 macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok deriita anak😞☹️ Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah 4-5 hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak healing. Kami blur sat… Hang ni memang robocop lah raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Takut part tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool. Kami terpanik hari ni😝😝😝 Mungkin sebab hormon pun dok nak betui lgi lepas kami 3 minggu buat #hysterectomy Yang pasti, parents mana suka anak sakit… Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin amin. YRA 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada Februari 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.

Foto: Instagram Nourul Depp