Bintang kelahiran Malaysia yang mencipta nama di persada Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, telah dinobat sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah antarabangsa popular, Time.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Time mengiktiraf Michelle di atas sumbangan besarnya terhadap industri perfileman sepanjang dia bergiat aktif sejak tahun 1983.

Time memberikan gelaran itu kepada Michelle atau nama sebenar, Michelle Yeoh Choo Kheng di atas pencapaiannya sebagai bintang seni paling berpengaruh dari Asia sejak berdekad lamanya.

Kapsyen pada hantaran itu memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.

IKLAN

Perkongsian itu turut menyebut penampilan sulung Michelle dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti naskhah besar lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Namun, menurut Time, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Michelle melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.

IKLAN

Penampilan Michelle dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah ramai percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.

Ogos lalu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang telah membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

IKLAN

Karier seni Michelle bermula selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Michelle kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London, United Kingdom (UK).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI