Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini meluangkan masa bersama anaknya, Muhamad Adam Aysar di kolam renang baru-baru ini.
Kongsinya, itu merupakan kali pertama bayi berusia enam bulan itu melakukan aktiviti berkenaan.
Malah, Ain turut berkongsi beberapa tips keselamatan ketika anak sedang mandi kolam.
“First time umi try bawak adam aysar mandi swimming pool sebab dia suka sangat air.
“Selalu mandi kat bath tub je kan itu pun kalau umi ada, kalau tak dekat sinki jelah dengan tokabah.
“Abang ali dah terjerit-jerit dah nampak air. Sukaaa betul anak sorang ni,” tulisnya.
Ads
Ain pada masa sama turut berkongsi tips perkara yang perlu dibuat si ibu sebelum mengikuti sesi berenang untuk si anak kecil.
“Make sure standby susu suam kalau bagi susu botol sebab bila swimming dia cepat lapar, kat sebelah kita kene ada tuala sebab ain masukkan dia sekejap2 je then angkat balut dengan tuala bagi tak sejuk.
“Kalau ada mainan bunyi2 boleh bawa bagi baby relaks sikit.
“Ain tak terus lepas dia, pegang dulu bagi dia selesa. Dah nampak selesa baru lepaskan sekejap je then pegang balik. Hihi okay lah tu bagi merasa sikit, rangsang semua deria baby ni.
Ads
“Apa pun safety first! Alhamdulillah everything went well,” tulisnya lagi.
Saharul Ridzwan menerusi Instagram meluahkan rasa sebak dengan keadaan isteri yang sedang dilanda demam panas ketika sedang sarat hamil.
Kongsinya, dia cukup terharu apabila si isteri masih memikirkan soal makan minum dirinya walau dalam keadaan yang kurang sihat.
Malah, pelakon berusia 30 tahun ini turut memanjatkan doa agar isterinya diberikan kesihatan yang baik dan bayi dalam kandungan sihat sentiasa.
“Suhu badan 39.6’c masa awal2 sampai pusrawi, lebih kurang pukul 6.30pagi tadi.
“Dia tak boleh tidur satu malam, tapi taknak kejutkan suami, bila bangun subuh baru ckp mintak belikan ais sebab badan rasa panas sangat.
“So sy pegang kepala, panas sangat2, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk ward, banyak kali dia tanya saya, “awak makan apa ni pagi?”. Time sakit2 pun masih ingat perut suami ni ye.
“Demam balik dia petang ni, temperature naik 39 balik. Tadi tengahari dah okay sikit.
“Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan.
“Tolong doakan wife dan baby kami ye? Thank you for all your doas. Amin Ya Rabb,” tulisnya.
Lebih 20 tahun dalam bidang seni, jelas Siti Nordiana meski sudah kalis dengan kritikan perihal penampilan diri, namun ada kala ia melukakan hati.
Misalnya, bintang ini turut diminta memperbaiki gigi. Bagaimanapun, tambah penyanyi Gurauan Berkasih ini, dia punya sebab kukuh untuk tidak melakukannya.
Dedah Nana, selagi ia tidak memudaratkan, tiada sebab kukuh untuk dia mengubah kurniaan Allah.
“Ada juga yang minta saya betulkan gigi. Ia memang melukakan hati dan terasa down. Ada sebab mengapa saya tidak betulkan gigi dengan memakai pendakap gigi. Saya tidak mahu kerana bimbang akan ganggu atau mengubah suara sewaktu menyanyi.
“Gigi ini tidak memudaratkan diri dan saya okay. Harap-harap selepas ini, janganlah ada yang memberi komen sebegitu lagi. Komen yang elok-elok sahaja ya,” jelasnya secara seloroh kepada MH.
Tidak mahu bertoleransi dengan kes melibatkan body shaming anaknya, Rayyan juga sering menjadi mangsa buli di sekolah hanya semata-mata kerana berbadan besar.
“Body shaming merupakan satu perkara yang serius. Ia sudah ketinggalan zaman jadi tolonglah hentikan. Bukan sahaja yang berbadan plus size dikutuk, malah kalau terlalu kurus pun menjadi mangsa.
“Isu ini sudah lapuk kerana individu yang menjadi mangsa body shaming kadang-kadang lebih yakin daripada mereka yang berkata-kata.
“Selalunya orang yang kurang yakin akan mengutuk orang lain supaya dia berasa lebih hebat. Tolonglah hentikan.
“Anak saya sendiri menjadi mangsa kawan-kawan di sekolah. Mereka gelarkan dia ‘gemuk’. Ia tidak bagus. Kita harus menerima hakikat bahawa manusia hidup dalam pelbagai bentuk dan bebas berfesyen.
“Sebagai ibu, saya tidak pernah memanggil dia gemuk. Saya perlu bijak mengendali situasi agar anak tidak terasa dia seperti dipinggirkan.
“Saya sendiri pun pernah menjadi mangsa buli. Dulu selepas mendapat anak, berat saya naik dan seringkali orang tegur kenapa berat badan naik. Saya percaya, semua akan sakit hati jika penampilannya dikutuk,” ulasnya yang pernah meminta anaknya untuk kawal pemakanan.
Terdahulu, Nana ditemui pada majlis pelancaran jenama Mis Claire X Siti Nordiana baru-baru ini, di Kuala Lumpur.
Serentak dengan itu, jenama berkenaan melancarkan kempen #KitaMisClaire yang merupakan inisiatif untuk menyokong kumpulan wanita Plus Size.
Ia bertujuan memupuk kesedaran di kalangan orang ramai tentang keburukan body shaming di kalangan masyakat.
Siti Nordiana bekerjasama untuk mendedikasikan koleksi pilihannya dari Mis Claire khas untuk wanita plus size di Malaysia.
Koleksi ini boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, pelakon Ardell Aryana kini mula terokai ruang bisnes baru apabila membuka pusat laser bulu, Hairy Mary di Publika, Solaris Dutamas.
Perniagaan berkenaan diusahakan isteri kepada Nadzmi Adhwa ini bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng. Hairy Mary merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley.
“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.
“Biarpun jarak usia kami dekat, tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.
“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Begitulah sebaliknya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.
“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini,” katanya.
Berkongsi antara sebab dia terfikir untuk melakukan kerjasama terbabit, bintang Tak Ada Cinta Sepertimu ini sendiri melihat akan kepekaan dirinya dalam menjaga kebersihan.
“Cuma pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.
“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan.
“Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.
“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” dedah Ardell.
Pada masa sama, sebagai wanita, soal kebersihan diri sememangnya perlu diutamakan.
“Ada bahagian tertentu contohnya seperti Miss V perlu dirapi dan dikemaskan. Contohnya kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami.
“Begitu juga di bahagian ketiak dan lain lain lagi. Tambahan pula dengan buat laser tanggal bulu ini ia tidak menyakitkan berbanding waxing.
“Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Por menambah, premis perniagaan mereka lebih memberi keutamaan kepada pelanggan wanita.
“Bagi golongan lelaki juga kami sediakan untuk merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang. Tetapi kalau untuk golongan perempuan kita tawarkan untuk seluruh badan.
“Kami sendiri mempunyai therapist di kalangan wanita. Jadi kami sendiri mahu melindungi mereka dan mengelak daripada perkara yang tak diingini,” kata Dr Por.
Hairy Mary diasaskan Dr Por Yan Sheng sejak 10 October 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City dan beliau juga merupakan pakar estetik yang memulakan kerjayanya sejak lima tahun dahulu.
Hairy Mary menggunakan teknologi THOR light laser yang berasas dari Korea, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengingatkan golongan suami agar tidak terlalu berkira, khususnya dalam soal kewangan dan tanggungjawab terhadap keluarga.