Jom! ekspresikan semangat jati diri anda buat para atlet Malaysia yang bertanding pada temasya Sukan SEA 2019 bulan ini, bersama-sama Yoodo.

Ini kerana Yoodo sedang mencari penyokong setia wira negara menerusi kempen #GoMalaysiaGold.

Sokong Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2019 Dengan Yoodo, Anda Berpeluang Mendapat Data Percuma Sehingga 5GB!

“Malaysia telah mencipta sejarah pada Sukan SEA 2017 dengan meraih 145 pingat emas dan kami yakin atlet-atlet hebat ini dapat membanggakan negara sekali lagi.”

“#GoMalaysiaGold adalah kempen Yoodo dalam usaha menggalakkan dan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia kerana berterusan menyokong atlet negara,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

IKLAN

Rakyat Malaysia boleh memberi sokongan kepada atlet-atlet negara dengan mengambil bahagian dalam kempen #GoMalaysiaGold.

Sokong Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2019 Dengan Yoodo, Anda Berpeluang Mendapat Data Percuma Sehingga 5GB!

Bagaimana untuk menyertainya? Caranya sungguh mudah! Anda hanya perlu berkongsi kata-kata sokongan di akaun media sosial Facebook, Instagram atau Twitter masing-masing dengan mengunakan tanda pagar (hashtag), #GoMalaysiaGold.

IKLAN

Sekiranya, ada atlet negara yang berjaya meraih pingat emas, anda juga berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada Yoodo.

Selain itu, apa yang paling menarik ialah, andai kontinjen Malaysia berjaya memecahkan rekod Sukan SEA 2017 dengan meraih lebih 145 pingat emas, Yoodo akan memberikan data percuma 5GB kepada semua pengguna! Ya kepada semua pengguna Yoodo.

Sokong Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2019 Dengan Yoodo, Anda Berpeluang Mendapat Data Percuma Sehingga 5GB!

IKLAN

Malah, 10 pemenang bertuah juga akan menerima sebuah telefon pintar sekiranya kontinjen kebangsaan berjaya meraih 150 pingat emas.

Kempen #GoMalaysiaGold adalah sebahagian daripada misi Yoodo untuk merai dan memupuk bakat rakyat Malaysia.

Yoodo adalah pelan mobile pertama di Malaysia yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengubah suai pelan mobile mereka sepenuhnya dari segi data, panggilan dan SMS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.facebook.com/yoodoMY atau www.yoodo.com.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI