Kekal sinonim dengan lagu Hanya Di Mercu, penyanyi kelahiran Putatan, Sabah, Ayu Damit menyifatkan artis baru kini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
Memulakan karier menerusi program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua pada tahun 2008, ibu kepada tiga cahaya mata ini mempunyai pandangan sendiri terhadap artis baru masa kini.
“Kalau dapat dilihat dari sudut mata kasar saya, persembahan artis dulu dengan BBNU sekarang ini boleh nampak perbezaaanya dengan jelas.
“Kalau dulu, pergi konsert akan rasa aura penyanyi itu dan tidak perlu tarik orang ramai sebab awal-awal lagi mereka sudah serbu konsert itu.
Ads
“Akan tetapi kini senario mulai berubah dan ada BBNU yang bertuah kerana mereka peminat mereka yang ramai dan setia, yang secara tak langsung membuatkan mereka kuat dalam industri termasuk di media sosial sekarang.
“Itu yang menjadikan mereka kukuh dalam industri hiburan dan kalaumereka ada lagu yang baik, ia juga satu tuah untuk terus ‘survive’,” kata Ayu kepada MH.
Ads
Ads
Bagaimanapun, dirinya juga percaya itu semua adalah rezeki dan hasil titik peluh mereka selama ini dalam industri hiburan.
“Itu merupakan rezeki dari Allah dan kerja keras mereka selama ini dari zero ke hero untuk menapak dalam industri hiburan.
“Mereka juga aktif dalam mana-mana aktiviti yang terlibat, jadi orang lebih kenal dan nampak kewujudan mereka ,” ujarnya yang kini turut mencari material melakukan single baru.
Ayu sebelum ini turut aktif dalam sektor pertanian dalam mengusahakan beberapa jenis tanaman lain seperti nanas, terung, dan cili jeruk di Hulu Langat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di media sosial awal tahun ini, apabila video gadis manja yang dikenali sebagai Nija atau nama penuhnya Nur Naziha Tahang yang mahukan semangkuk cendol ketika panas terik dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, hubungan mereka terputus beberapa bulan kemudian dan memilih haluan masing-masing.
Hari terus berganti dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Muhd Aiman Amar sudah menemui penganti dalam hidupnya dan kini sudah bergelar suami kepada Nur Fazwa Atasha baru-baru ini.
“25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri,” tulisnya ringkas.
Mungkin kerana terlalu gementar, Aiman telah tersasul ketika melafazkan akad.
“Aku terima nikahnya Nur Fazwa Atasha dengan mas kahwinnya Rm3.00,” lafaznya disusuli dengan gelak tawa tetamu yang hadir.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melafazkan akadnya dengan sempurna dengan mas kahwin bernilai RM300.
Sementara itu, Atasha yang memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram turut berkongsi momen indahnya bergelar isteri.
“Assalamualaikum suamiku Alhamdulillah tak disangka perkenalan cuma dari reaction igstory setahun yang lepas tanpa sengaja pejam celik awak dah sah menjadi suami saya 😅
“Dari tak suka boleh tersuka. Sebab tu orang tua tua dulu pesan. Jangan menyampah sangat. Nanti tersuka tanpa sengaja hihi. Okay saya tarik balik kata kata saya dulu ye encik suami,” tulisnya.
Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa hati dengan perkongsian video sedutan daripada program Meletop yang menyaksikan Micheal Ang sebagai tetamu jemputan.
Seloroh Micheal dalam sesi temubual, dia mengimpikan seorang wanita yang kaya sebagai isteri agar isteri dapat menanggung perbelanjaannya.
Malah jelasnya juga, Datuk Seri Vida sering terjerat dengan lelaki sebegitu.
“ADOIIII MIKE.@michaelang38 .LAWAK KASAR NAMPAK..
Mmg saya selalu terkena dgn lelaki macam SETAN… HANJ,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan hos, Norman Hakim ada memaklumkan ibu tercinta, Kamariah Kamat bakal berangkat ke tanah suci Mekah.
Keberangkatannya ke sana bersama jemaah lain untuk menunaikan umrah.
Dalam pada itu, pelakon tampan berusia 43 tahun ini ada berkongsi rasa bersama peminatnya di laman media sosial berkenaan.
“Sayang yang paling dalam Terima kasih untuk segala doa mak @kamariah.kamat.
“Always bear in mind,redha mak kita adalah redha Allah s.w.t.
“Balik sembah salam sebelum berangkat ke Makkah. But first,back to KL for @mingguanwanita TV,” tulisnya.
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.