Penyanyi rock terkenal, Ella, tidak rasa rendah diri selepas memilih untuk menggunakan alat bantuan pendengaran susulan mahu mengimbangi pendengaran untuk kedua-dua belah telinganya.
Menurut penyanyi yang kini berusia 57 tahun itu, dia tidak mengetahui fungsi pendengarannya kian menurun sehinggalah melakukan pemeriksaan berkaitan dengan Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC), tahun lalu.
“Sebelum ini saya tak tahu pendengaran saya terjejas. Selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang. Misal kata dalam peratusan 100%, ia berubah kepada 70% di bahagian kiri dan 80% di bahagian kananan.
“Situasi tersebut masih di peringkat ‘modetare’ dan saya memilih untuk menggunakan alat bantuan bagi mengimbagi fungsi pendengaran. Tak rasa rendah diri, sebaliknya bersyukur kerana sedar untuk melakukan pemeriksaan.
“Selepas itu, saya mendapat bantuan GHCC dan sekarang menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha,” katanya.
Ella berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil, pada Sabtu.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin turut menambah, dia merasakan perbezaan positif selepas menggunakan alat bantuan berkenaan.
“Perbezaan selepas menggunakan alat ini ia mampu seimbangkan pendengaran saya. Walaupun saya menggunakan alat bantuan pendengaran namun, saya tidak pernah rasa ia sebagai kekurangan.
“Malah bersyukur kerana masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi. Saya percaya, ramai lagi yang mengalami masalah serupa, termasuk rakan industri yang kerap terdedah dengan ‘volume’ muzik.
“Jadi jangan malu untuk mendapatkan rawatan berbanding membiarkan ia terus melarat atau tidak tahu status kesihatan pendengaran. Jaga kesihatan telinga dan pendengaran dengan melakukan pemeriksaan berkala,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, GHCC dengan kerjasama Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan sebuah program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta kelancaran pertuturan disetiap peringkat usia.
Program yang dinamakan “Ke arah pendengaran dan pertuturan yang lebih baik” ini turut sama menyaksikan perasmian kolaborasi antara Global Hearing Care Centre Malaysia dan ratu rock negara, Ella iaitu edisi ekslusif alat bantu dengar jenama Bernafon Alpha “RockQueen x GHCC”.
Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi, sangat penting pendedahan tentang penjagaan pendengaran seawal usia muda.
“Seeloknya bermula dari usia kanak-kanak lagi dalam kalangan ibu bapa. Kesihatan pendengaran harus diutamakan.
“Dengan adanya program ini, kami berharap agar mereka di luar sana tidak cuma menganggap masalah pendengaran cuma akan terjadi seiring dengan peningkatan usia,” katanya.
Tujuan utama program ini diadakan untuk menanam kesedaran di kalangan masyarakat di setiap lapisan usia, agar menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan pendengaran.
Selain itu, acara ini juga diharap dapat memupuk sikap ambil tahu tahap pendengaran mereka dengan lebih awal melalui sesi saringan pendengaran yang dikendalikan oleh barisan audiologis di Global Hearing Care Centre Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI