Atas prestasi pengajian yang baik, suami kepada penyanyi Ayu Damit, Syed Fauzi Syed Baharuddin seikhlas hati menghadiahkan isteri seunit telefon jenis iPhone dan Apple Watch buat kegunaan harian.

Menurut Syed Fauzi atau lebih mesra disapa Pogi, dia pada awalnya sudah pasang niat sekiranya Ayu lulus pada peperiksaan di semester akhir pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Niat pada mulanya memang dah berjanji masa mula-mula masuk study ASWARA, kalau my @ayudamit boleh lulus exam semester akhir asasi tanpa repeat paper, my akan dapat hadiah (macam berjanji-janji dengan anak gitu).

“Syukur alhamdulillah akhirnya lulus juga exam terus ke Degree so dapat la hadiah 1 set iPhone dengan iWatch yang my nak kan tu!,” kongsi Poji di Insta Stories.

IKLAN

Lulus Semester Akhir Tanpa ‘Repeat Paper’, Suami Ikhlas Hati Belanja iPhone & Apple Watch Buat Ayu Damit!

Dia pada masa sama turut bergurau, untuk tidak menghadiahkan lagi isteri telefon model baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Psttt… Teman da kabor tuggu 14 Pro Max lagi bulan je nak launch. Tak nak tunggu. Nak juga walaupunn… Nanti lagi 2 bulan keluar yang barux de dah,” tulisnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Ayu yang sinonim dengan lagu Hanya Di Mercu itu mengikuti pengajian di Aswara dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif, setahun lalu.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit menerusi media sebelum ini akui, ini adalah peluang berharga dalam hidupnya untuk memperbaiki ilmu pengetahuan dalam muzik.

IKLAN

Lulus Semester Akhir Tanpa ‘Repeat Paper’, Suami Ikhlas Hati Belanja iPhone & Apple Watch Buat Ayu Damit!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI