Penangan warga Miri sememangnya luar biasa apabila lebih 6,000 penonton membanjiri Permaisuri Imperial City Mall menerusi acara Hello Miri yang berlangsung hujung minggu lalu.

Lebih menarik, pengunjung yang hadir bukan sahaja datang dari sekitar Miri, malah turut melibatkan peminat dari negara jiran, Brunei.

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini

Ternyata, sambutan ‘menyala’ yang diterima membuktikan keterujaan luar biasa peminat tempatan.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan mantap barisan artis popular tanah air seperti Tomok, Ayu Damit, Nikki Palikat dan ramai lagi.

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini

Ads

Tidak ketinggalan, peminat juga berpeluang beramah mesra dengan pelakon seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Siti Saleha dan Evertt Gomes.

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini

Konsert MeleTOP TVS Bakal Gegarkan Miri

Bagi yang terlepas peluang hadir ke Hello Miri, jangan risau sebab Astro dan TV Sarawak (TVS) bakal membawakan sebuah lagi acara mega iaitu Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini (Sabtu).

Bertempat di Stadium Tertutup Bandaraya Miri, konsert ini terbuka secara percuma kepada semua pengunjung.

Ads

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini

Para penonton bakal disajikan dengan persembahan eksklusif daripada barisan penyanyi popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hael Husaini dan Floor 88.

Barisan Pengacara Popular & Siaran Langsung

Konsert MeleTOP TVS akan dihoskan oleh gandingan pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad dan Namie.

Sementara Cheryl Toh, Ghaz Zawawi dan Fattah Bolh bakal mewakili pihak TVS.

Ads

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton Banjiri Hello Miri, Jom Meriahkan Konsert MeleTOP TVS Pula Sabtu Ini

Acara ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, sekaligus mengukuhkan lagi peranan sektor kreatif dalam memperkasakan pelancongan domestik.

Konsert ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (Astro 122, MYTV & Unifi TV), Astro One dan platform Sooka, membolehkan peminat seluruh negara turut sama menyaksikan kemeriahan konsert dari jauh.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada momen bersejarah ini, yang menjadi penampilan sulung MeleTOP di Bumi Kenyalang.

Sama-sama memeriahkan Stadium Tertutup Bandaraya Miri pada 17 Mei ini dan cipta kenangan terindah di Konsert MeleTOP TVS!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI