Penyanyi Liza Hanim bersikap profesional dan tidak mahu terlalu rumit memikirkan soal individu yang tidak sensitif menghina rupa parasnya (face-shaming) di media sosial sebelum ini.

Menurut Liza, dia sudah mengulas mengenai perkara tersebut dan menganggap mesej yang ingin disampaikan ‘melekat’ kepada mereka yang terlibat.

Liza Hanim Sentuh Isu Jadi Mangsa Mulut Jahat; “Walaupun Saya Tahu Dalam Standard Manusia, Saya Tak Punyai Look Beauty Queen…” Liza Hanim Sentuh Isu Jadi Mangsa Mulut Jahat; “Walaupun Saya Tahu Dalam Standard Manusia, Saya Tak Punyai Look Beauty Queen…”

“Tidak, saya cakap sekali sudah. Dia (individu yang mengutuk rupa paras Liza) dah goyang sebenarnya. Jadi, cukuplah cakap sekali sahaja dan dia ambil iktibar.

“Saya dah kena benda ni sejak mula-mula bergelar penyanyi sekitar 20 tahun lalu. Alhamdulillah, saya dididik dan dibesarkan dalam keluarga yang cukup dengan kasih sayang, yang sokong antara satu dengan lain.

IKLAN

“Walaupun saya tahu dalam standard manusia, saya tidak mempunyai look beauty queen, dan kita bukannya nak masuk ratu cantik… saya rasa apa yang saya ada ini cukup. Alhamdulillah,” katanya.

Mahu positif, bintang ini juga meminta agar tidak mudah menghakimi seseorang, hanya berdasarkan paras fizikal semata.

IKLAN

“Macam saya, saya positif. Saya tolak sahaja. Namun, bayangkan kalau orang yang terkena itu mempunyai masalah kesihatan mental yang seterusnya trigger anoreksia, self-harming atau suicidal. Bayangkan kalau perkara yang berlaku pada saya berlaku pada mereka?

“Jadi, saya rasa saya berada di posisi dan usia yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini supaya jangan menghakimi orang berdasarkan paras rupa. Hakimi artis berdasarkan bakat.

IKLAN

“Jangan jadi manusia tidak bertanggungjawab yang kalau sudah cakap sesuatu kemudian menyorok di belakang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Liza tersenarai antara enam bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bersama Zamani, Ezad Lazim, Suki Low, Nikki Palikat dan Tomok.

Liza Hanim Sentuh Isu Jadi Mangsa Mulut Jahat; “Walaupun Saya Tahu Dalam Standard Manusia, Saya Tak Punyai Look Beauty Queen…” Liza Hanim Sentuh Isu Jadi Mangsa Mulut Jahat; “Walaupun Saya Tahu Dalam Standard Manusia, Saya Tak Punyai Look Beauty Queen…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI