Adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah memohon maaf kepada ibunya, Datin Fauziah Sarman diatas segala konflik dan kemulut yang sedang berlalu melibatkan adik beradiknya ketika ini.
Menurut Syada, segala yang berlaku ini bukan berpunca daripada ibunya sebaliknya ia merupakan khilaf dan kesilapan mereka sendiri.
“Semoga mak diberikan kekuatan dan ketenangan. Maafkan kami adik-beradik berbalah. Bukan salah mak dan mak tak hina macam mana mak dicaci.
“Mak sudah buat yang terbaik didik kami,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hasrat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Syada turut menegaskan dirinya akan sentiasa memegang tanggungjawab untuk menjaga ibunya selagi hayat dikandung badan.
“Adah sayang mak. In sya Allah, selagi nyawa ada, Adah cuba segala daya jaga mak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, konflik melibatkan keluarga Shila Amzah menjadi isu hangat yang diperkatakan di seluruh platform media sosial.
Segalanya bermula selepas pendedahan Syada yang terkilan dengan tindakan kakaknya yang mahu menjual rumah keluarga mereka.
Tidak berhenti di situ, adik lelaki Shila, Amirul Syafiq turut membuat video pendedahan di media sosial bagi meluahkan kekecewaan terhadap tindakan kakaknya itu.
Sementara itu, memerusi satu siaran langsung di Instagram, Shila mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.
Malah, Shila turut mendedahkan dirinya sudah jelak dengan perangai adik-beradiknya, Syada dan Syafiq Amzah.
Shila turut mendakwa dirinya juga pernah dipukul oleh Syafiq sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syada Amzah & Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Misi mencari permata baharu industri seni tanah air kini diteruskan.
Buat julung-julung kalinya, program realiti pencarian bakat popular, Hero Remaja dan Dewi Remaja bakal digabungkan didalam satu program yang sama yang dikenali sebagai Hero Dewi Remaja 2023.
Lapan finalis lelaki dan lapan finalis wanita bakal berantap bagi merebut gelaran Hero Remaja dan Dewi Remaja yang baharu.
Kesemua 16 finalis telah pun diperkenalkan secara rasmi menerusi sidang media khas yang dilansungkan di Astro, Bukit Jalil sebentar tadi.
Berikut adalah barisan finalis Hero Dewi Remaja 2023;
Dalam pada itu, pelakon terkenal yang juga merupakan juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Al-Yahya diberikan tanggungjawab selaku hos merangkap mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Pengajuran pencarian bakat Hero Dewi Remaja 2023 ini merupakan sebuah lagi kerjasama strategik di antara Astro menerusi saluran Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Terdahulu, seramai 600 calon remaja telah mencuba nasib pada sesi uji bakat yang berlangsung selama lapan hari di tiga buah negeri iaitu Selangor, Penang dan Sabah.
Ikuti laporan terkini dan maklumat lanjut mengenai Hero Dewi Remaja 2023 di laman web dan platform media sosial Majalah Remaja dan Media Hiburan.
Buat finalis yang bertanding. All the best.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Wanna Ali tidak menafikan sebelum ini dia mempunyai pendirian skeptikal terhadap produk kecantikan lokal sekali gus rasa ragu-ragu untuk menggunakannya terutamanya pada bahagian wajah.
Bagaimanapun situasi tersebut nyata berubah apabila pemilik nama lengkap Nor Syazwana Mohd Ali, 25, mulai mengaplikasikan serum Millefleur di dalam rutin kecantikan hariannya sejak berbulan lalu.
Jelas Wanna, Millefleur memberikan banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
“Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut bila melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas namun kulitnya masih dalam keadaan baik walaupun lelaki.
“Sebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata positif kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya yakin sekaligus untuk menjadi duta bagi produk ini.
“Sebab itulah sebelum ini saya jarang untuk berkongsi sesuatu produk kencantikan atau melakukan riviu berbayar di media sosial. Sebab selagi belum cuba, saya memang tak akan muat naik.
“Namun kalau ia betul-betul bagus dan saya sendiri cubanya terlebih dulu, mengapa tidak untuk kita berkongsi kepada semua,” katanya.
Bintang drama Bukan Sekadar Lafaz ini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang memperkenalkannya sebagai wajah wakilan di sebuah hotel terkemuka di Damansara, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengambil kira keserasian dan kerjasama baik antara mereka, pihaknya yakin selebriti itu sebagai pilihan tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas.
“Kami juga kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini
sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat
untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.
“Malah ia dilihat selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin dan Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan yang mana antara lain ia membawa kepada penceritaan tentang kecantikan yang bersatu dengan keindahan alam dan kita semua perlu saling menyokong,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Millefleur turut menawarkan hadiah lumayan kepada pengguna produk serum ini menerusi pembelian dan berpeluang menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif bersama produk di media sosial beserta hashtag yang dikongsikan menerusi platform rasmi Millefleur.
Malah, pihaknya juga terbuka untuk menerima agen dan stokis yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.