Juri tetap program Famili Duo 3 (FD3), Mas Idayu akui agak sukar buat dirinya untuk menukar karakter menjadi lebih lembut ketika memberikan kritikan buat peserta yang bertanding.

Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, para peserta bakal mendapat input yang lebih bagus sekiranya dia menjadi diri sendiri.

“Kalau Sudah Bagus, Jangan Masuk Bertanding,”- Janggal Berlembut, Mas Idayu Masih Cuba

“Saya masih mencuba sebenarnya tapi macam tak jadi sahaja. Namun, bila saya berkelakuan begitu, ia kelihatan saya seperti menjadi orang lain.

“Di depan itu adalah adik-adik dan kawan-kawan saya dan saya tak mahu perkara musim lepas berlaku lagi. Tapi kalau saya jadi diri sendiri, ia lebih baik buat para peserta,” katanya kepada MH.

Penyanyi yang terkenal menerusi genre dangdut itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media FD3 yang berlangung pada Ahad.

IKLAN

“Kalau Sudah Bagus, Jangan Masuk Bertanding,”- Janggal Berlembut, Mas Idayu Masih Cuba

Katanya lagi, dia juga bimbang para peserta bakal mengulangi kesilapan sama sekiranya dia berlembut dalam memberikan kritikan.

“Ada orang yang boleh menerima kritikan pedas dan ada yang tak boleh. Jadi, saya cuba berikan kritkan agar semua orang boleh dengar.

“Namun, saya rasa ia agak sukar sedikit buat ketika ini. Kalau saya sudah berikan kritikan dan peserta masih main-main lagi, darah saya boleh naik. Kesabaran pun boleh hilang,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Mas Idayu turut menegaskan setiap kritikan itu adalah berdasarkan pengalan sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.

“Kalau Sudah Bagus, Jangan Masuk Bertanding,”- Janggal Berlembut, Mas Idayu Masih Cuba

“Jangan persoalkan sama ada juri itu bagus atau tidak. Kalau anda rasa diri anda bagus, jangan masuk pertandingan dan terima kritikan.

“Jadi sahaja diri sendiri. Duduk dan tunggu sahaja orang undang buat persembahan. Bila anda pilih nak masuk pertandingan, saya kakak dan anda adalah adik. Dengarlah cakap kakak.

IKLAN

“Sepanjang 35 tahun, saya sudah lalui macam-macam. Zaman kami dulu tiada cikgu. Kami belajar sendiri. Saya dan ajar berikan komen berdasarkan pengalaman,” akhirinya.

Terdahulu, Mas Idayu dan komposer terkenal, Ajai sekali lagi dipertanggungjawabkan menjadi juri tetap FD3.

Program ini diacarakan gandingan pengacara Izzue Islam dan Janna Nick.

Program Famili Duo 3 ditayangkan secara langsung di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI