
Penyanyi dangdut tersohor Indonesia, Lesti Kejora, sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama suaminya, pelakon Rizky Billar.
Berita gembira itu dikongsikan pasangan selebriti popular berkenaan menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial mereka baru-baru ini.
Dalam rakaman tersebut, anak sulung mereka, Abang El, dilihat membawa gambar imbasan ultrabunyi (USG) serta sebiji belon kepada ibu dan ayahnya sebagai simbolik kepada kehadiran ahli keluarga baharu.
Momen berkenaan nyata menyentuh hati ramai apabila pasangan itu tidak dapat menahan rasa sebak dan gembira tatkala mengetahui Lesti sedang berbadan dua. Rata-rata peminat serta rakan artis turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar kehamilan tersebut berjalan lancar.

BACA JUGA: Lesti Kejora Dilapor Ke Pihak Polis Gara-Gara Nyanyi Semula Lagu Tanpa Kebenaran
Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak kedua mereka, Leshia Tivana Billar, dilahirkan pada Januari lalu.
Menariknya, di sebalik berita kehamilan tersebut, Lesti turut mendedahkan bahawa beliau sedang mengalami fasa mengidam yang agak unik. Bukan sekadar mengidam makanan, pelantun lagu Kejora itu dilaporkan “mengidam” agar suaminya menghadiahkan sebuah klinik kecantikan.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pasangan berkenaan dalam satu sesi bual santai di platform digital, seperti yang dilaporkan portal hiburan Indonesia. “Ngidamnya kali ini bukan makanan, tapi minta dibuatin klinik kecantikan,” kata Rizky Billar sambil tertawa ketika ditemu bual.
Dalam pada itu, Rizky turut berseloroh bahawa sejak kehamilan kali ini, selera makan Lesti berubah dengan ketara sehingga menyebabkannya sendiri ‘gagal diet’. “Saya yang kena habiskan makanan dia bila dah kenyang,” katanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

