Umum mengetahui, pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini sedang menikmati percutian mereka di bumi London, United Kingdom.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Aeril memuat naik sebuah video yang nyata telah menarik perhatian ramai pihak.

“Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi Tumpuan “Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi Tumpuan

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan Aeril dan Wawa sedang menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran milik tukang masak popular dunia, Salt Bae di ibu kota London.

Malah, Salt Bae juga turut mempersembahkan demonstrasi hidangan stik tersebut secara eksklusif buat pasangan berkenaan.

“Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi Tumpuan

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

“Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi TumpuanDi akhir video tersebut, pelakon filem 7 Petala Cinta ini turut berkongsi jumlah keseluruhan bil yang dianggarkan bernilai £1,791.70 (RM10,065.54).

“Selepas ini, kalau nak makan, tengok harga dulu,”  tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan jumlah bayaran tersebut dan tidak kurang juga yang memuji Aeril kerana sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati isterinya.

“Tak mengapa. Kenangan dan bahagiakan orang tersayang tu yang penting.

IKLAN

“Ya Allah, sedap sangat nampaknya tu.

“10K macam nak kenduri belanja makan. Takpe untuk family.

“Sekali sekala kan. Enjoy je.

“Ya Allah, steak dia terliur tengok,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

“Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi Tumpuan “Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi Tumpuan

Terdahulu, turut dilihat ada bersama di dalam video berkenaan termasuklah pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 1 juta tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI