Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad berkongsi pengalamannya sewaktu dia dan suami menguruskan tapak perkhemahan ketika dilanda hujan dan ribut.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, ini merupakan risiko yang terpaksa dilalui sekiranya memilih untuk mengadakan aktiviti berkhemah di tepi pantai.

Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’ Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Inilah keadaan bila hujan dan ribut. Selama ni kalau hujan i duduk dalam khemah dengan Wira.

“Nampak bayang-bayang suami je ke hulu ke hilir. Malam tadi i duduk luar nak tengok sendiri everything. (Dan record)

“Bila hujan, orang yang paling busy is my husband. I paling suka bila hujan. Sebab suka tengok husband bertungkus lumus nak make sure kitorang ok. Kita mampu senyum,” tulisnya.

IKLAN

Detik-detik tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’ Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’

Jelas adik kepada pelakon Umie Aida ini lagi, momen-momen seperti ini banyak mengajarnya erti bersyukur dan menghargai kekuasaan yang masa Esa.

“Terima kasih Allah atas rasa ini dan dekatkan kami denganMu. Rasa syukur dengan apa yang ada. Rasa sayang.

IKLAN

“Appreciate segala depan mata. Tenang dalam apa jua keadaan. Ujian pasti hadir, dunia pasti berakhir. Semua milikMu,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Betty turut mendedahkan dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sentiasa mengutamakan keselamatan isteri dan anak.

“Suamiku, thank you buat kami rasa selamat. I percaya walau dalam keadaan apa sekalipun u akan make sure i dan Wira ok. Alhamdulillah dengan nikmat ini dan semoga Allah berkati kami. Aamiin.

“I love you suamiku, my contractor, my plumber, my electrician, my driver, my fisherman, my everything,” akhirinya.

IKLAN

Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’ Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’ Khemah Dilanda Ribut & Hujan Lebat, Betty Rahmad Syukur Suami Pandai ‘Handle’

Baru-baru ini perkongsian Betty mengenai aktiviti berkhemah di tepi pantai beraama keluarganya nyata telah meraih perhatian ramai pihak.

Malah, mereka juga turut menzahirkan rasa kagum selepas melihat peralatan yang dibawa oleh Betty sewaktu aktiviti perkhemahan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Betty Rahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI