Pelakon Elisya Sandha teruja dan bersyukur apabila mendedahkan dia bakal melahirkan bayi perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.

Elisya, 23, atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.

“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.

“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” katanya.

IKLAN

Terdahulu Elisya dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ sekaligus berkongsi jantina bayi dalam kandungan.

Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly menambah, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar.

“Kalau Boleh Nak Bersalin Normal, Tapi Kalau…,” – Syukur Nikmat, Elisya Sandha & Suami Bakal Timang ‘Baby Girl’ “Kalau Boleh Nak Bersalin Normal, Tapi Kalau…,” – Syukur Nikmat, Elisya Sandha & Suami Bakal Timang ‘Baby Girl’

IKLAN

“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah.

“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya.

IKLAN

Elisya dan Haq berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/eeNPuso6KNU

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI