Pelakon, Ramona Zamzam meluahkan rasa geramnya terhadap segelintir suami diluar sana yang suka merungut mengenai masalah dalaman isteri selepas bersalin.
Katanya, mentaliti tersebut harus dibuang dan para suami harus lebih menghargai isteri yang telah berkorban mengandung selama sembilan bulan.
Rasa geram itu diluahkan oleh Ramona menerusi Instagram stroy miliknya.
Ads
“Fucking sick with this kind of mentality in our freaking culture. ‘Eh jangan bagi longgar nanti suami lari’. ‘Suami mengeluh dah tak macam anak dara, meh saya tolong rapatkan balik. DM saya’.
“So all these husbands lepas bini kau dah beranak pinak i dont know how many kids for you amd all you care is complaining pasal longgar,” katanya.
Ads
Tambah Ramona, lelaki sedemikian sangatlah tidak bersyukur selain turut tidak layak untuk dijadikan suami mahupun seorang bapa.
Ads
“Seriously you ungrateful bastard. You don’t deserve to be someone’s husband and father,” tulisnya.
Alahai, penat lelah si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat. Si suami pula meminta yang bukan-bukan. Semoga mentaliti seperti ini dapat diubah dan menjadikan para suami lebih menghargai pengorbanan seorang isteri.
Foto: Instagram Ramona Zam Zam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berjaya merealisasi impiannya yang melakukan Bee Man Challenge beberapa jam lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib ada memuat naik sepotong video di Instagram.
Kandungan video antara lain mengandungi ucapan terima kasih buat rakan artis dan peminat yang mendoakan, seterusnya memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan suami kepada penyanyi Siti Sarah ini.
“Bengkak sebelah, bengkak sebelah telinga. Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan saya hari ini. Rakan-rakan artis, kawan-kawan di Facebook, Instagram.
“Tanpa doa anda saya tak mungkin boleh berjaya selesaikan dengan misi ni. Saya hanya overcame saya punya fobia dan rasa takut,” ujarnya sambil turut merakamkan penghargaan kepada semua terlibat, termasuk Malaysia Book of Records.
Pada masa sama, Shuib turut memberikan dedikasinya buat rakan artis, Pablo Amirul.
“345,000 ekor lebah. Tahniah Pablo, you made it. Walau pun dia dah nak pitam, tapi berjaya habiskan,” kata Shuib yang ketika itu turut ditemani Sarah.
Terdahulu, Shuib ada memaklumkan mengenai misi berkenaan menerusi media sosial minggu lalu hingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen.
Malah, sesi berkenaan juga boleh ditonton secara live di platfrom sosial media mereka.
Sarah juga turut memberikan dedikasi buat Shuib menerusi Instagram beberapa jam lalu. Tulis Sarah dia bersyukur kerana semuanya sudah selesai dan sejarah telah pun tercipta.
“Alhamdulillah selesai sudah …. terciptalah lagi satu sejarah Malaysia… saya sangat bersyukur…ini lah dia beeman saya tahniah @shuibsepahtu saya simpan memori tercemas ini dalam hati saya.. i love u sayang,” tulis Sarah.
Susulan itu, kelihatan pelbagai respon menarik yang diterima pelakon filem Polis Evo itu, antaranya mengenai status dan paras rupa kedua-duanya juga.
Bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen- komen pelik hanya untuk bercakap perihal ‘jantina’ kedua-dua mereka.
Sementara itu, filem Polis Evo 2 bakal menemui penonton pada 22 November ini, menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Erra Fazira dan ramai lagi.
Foto/Instgram: Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan...