Lagu Ragaman nyanyian Faizal Tahir kini trending dan menjadi siualan ramai. 

Dek keunikan dan maksud yang tersirat, individu ini mendedahkan maksud sebenar lagu tersebut. 

Individu yang dikenali sebagai Farhan Ismail turut berkongsi maksud tersirat bait-bait lagu Ragaman menerusi FB.

“Ragaman

Aku baru je terjebak dengar lagu ni. Waktu sesat kat kubur Cina hari tu.

Pada mulanya aku dengar lagu ni disebabkan muzik dia. Tetapi setelah aku tonton video klip dia, barulah aku faham 100% apa mesej  sebenar lagu ini.

1. Kalau nak hidup berdua, banyak ragam yang akan kita kena  hadapi. Bagi seorang lelaki seperti aku, walaupun masih bujang dan  pernah bercinta dan putus dan pergi jahanam, aku tafsirkan ragaman  perempuan yang selalu buat lelaki tak keruan.

IKLAN

2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri dia  tapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesar  yang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.

Lagu mengenai sifat wanita

3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam,  berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dah  tahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.

4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar.  Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelaki  tu tak hargai dia.

IKLAN

5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham.  Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dah  jumpa dia akan cakap “kesian kan awak penat”.

6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.

Setiap perhubungan haruslah ada kesabaran

7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalu  menyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, minta  cerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni,  kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macam  minum air tebu ikat tepi.

IKLAN

8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi.  Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.

9. Perempuan selalu betul.

Kesimpulan dia, aku faham apa yang Faizal Taher nak sampaikan  melalui mesej lagu ni. Sabar, sabar, sabar. Sebab bila dia tiada, kita  akan merindui segalanya tentang dia. Nikmat bercinta, hidup berdua  sampai tua akan dikenang bila tiba hari tua kelak. Nak nak kalau salah  seorang pergi dahulu. Waktu itulah baru kita tahu yang tuhan dah  hadirkan seorang malaikat untuk jaga kita walaupun hanya untuk  sementara.

Tahniah adalah ucapan ikhlas dari aku untuk sebuah karya yang  genius seperti ini. Yang lari dari tipikal lagu-lagu zaman sekarang,” 

Untuk rekod, lagu ‘berhantu’ itu telah mencecah 10 juta tontonan. Tahniah Faizal Tahir kerana memberi kelainan dalam industri muzik tempatan! 

Sumber : Facebook Farhan Ismail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI