Bagi ada yang kurang mengenalinya, Lezz Rosli terlebih dulu mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-4.

Bagaimanapun, kelibat isteri kepada vokalis Drama Band, Aepul ini di kaca televisyen atau pun majlis seni mulai berkurangan sejak mempunyai cahaya mata.

Leez atau nama penuhnya Rosliza Rosli ketika ditemui MH berkata dia punyai sebab tersendiri apabila ‘menyepi’ dari industri hiburan.

“Selepas bersalin, anak saya susu badan, jadi nak bergerak pun agak terhad. Masa itu, saya lebih selesa untuk menguruskan anak-anak, meluangkan masa bersama tengok anak membesar depan mata.

“Malah sejujurnya, saya tak terfikir untuk ceburi dunia hiburan ini lagi,” akui Leez.

Bagaimanpun, bintang tersebut akhirnya berubah fikiran, lalu muncul di kaca TV menerusi program realiti muzikal komedi Muzikal Lawak Superstar, bermula Jumaat ini.

IKLAN

Leez bakal bergandingan sama kumpulan Bunga, yang turut disertai pelawak Caca dan Azmir.

“Alhamdulillah, sekarang anak dah besar sikit, jadi saya boleh bawa diri dan ini adalah peluang terbaik untuk saya ceburi dunia hiburan lagi.

“Saya masuk semula dalam industri ini dan ia adalah peluang untuk orang kenal bakat saya yang suka menyanyi dan berlakon,” kongsinya lagi yang sudah menyepi selama lima tahun.

Lebih 5 Tahun Tak ‘Keluar TV’, Leez Rosli Dedah Punca. Rupanya Dia…

IKLAN

Tambah Leez,  dia akui agak sukar untuk dapatkan keserasian dengan Caca dan Azmir kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama di atas satu pentas.

“Sebelum ni saya kenal mereka biasa-biasa sahaja, cuma kami sebelum ini pernah berlakon sama-sama. Jadi keserasian itu sudah ada.

“Tapi sekarang ini kami juga akan buat persembahan bersama secara langsung dan memerlukan keserasian dan satu kepala yang gila-gila di atas pentas,” jelas Leez.

IKLAN

Lebih 5 Tahun Tak ‘Keluar TV’, Leez Rosli Dedah Punca. Rupanya Dia…

Program realiti muzikal komedi Muzikal Lawak Superstar membabitkan 14 peserta yang mewakili pelawak, pelakon dan penyanyi membuat persembahan di atas pentas.

Program itu akan bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Jumaat ini di Astro Warna (132) dan Warna HD (124), Jumaat ini jam 9 malam.

Nabila Huda dan Nabil Ahmad selaku pengacara bagi program tersebut, sementara Nora Danish, Datuk Awie dan Altimet sebagai juri tetap.

https://www.instagram.com/p/BzH8S5BjqwH/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI