Bersempena genap tiga tahun pemergian suami, isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali akui hampa saat melawat rumah peninggalan suaminya pagi tadi.

Jelas Hidayah, kehadirannya itu dikatakan langsung tidak dihiraukan meski terdapat kereta dan motosikal di luar rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @abam_bocik

“Hari ini saya berada di rumah saya (rumah bersama suami) sendiri. Di hari Jumaat yang mulia ini dan bersempena genap tiga tahun pemergian Abam, jadi saya datang untuk melihat apa yang ada.

“Saya berada di hadapan rumah tapi tiada siapa pun yang menyahut atau buka pintu. Kereta dan motosikal ada tapi tiada siapa yang keluar. Saya dah nak dekat satu jam berada di sini.

“Minta tolong viralkan sebab ini rumah suami saya. Sedih sangat-sangat. Perasaan hampa datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk,” katanya.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

Pada masa sama, Hidayah turut menggesa adik iparnya yang juga merupakan pelawak, Ali Puteh untuk mempercepat proses pembayaran saman dan serahan kunci rumah.

“Peguam saya dah beri masa 21 hari untuk mereka serahkan kunci rumah dengan buat bayaran sebanyak 60,000. Jadi, saya minta pihak di sana percepatkan buat pembayaran.

“Korang sendiri boleh tengok, kawasan rumah saya sangat teruk,” kongsinya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Hidayah selain turut berharap agar kemelut ini dapat segera diselesaikan.

Sekadar informasi, pada 28 Disember tahun lalu, Ali Puteh gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen berhubung ganti rugi RM60,000 yang perlu dibayar kepada Siti Nor Hidayah kerana memfitnahnya di media sosial.

Pada 18 Februari 2022, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Siti Nor Hidayah selepas berpendapat hantaran Syed Ali dalam akaun Instagramnya pada 10 Februari 2020 menjatuhkan maruah dan mengaibkan kakak iparnya.

IKLAN

Sekadar informasi, Hidayah dan Abam telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Disember 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar yang kini berusia tiga tahun.

Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Abam Bocik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI