Pelakon, Natasha Hudson akui kehidupannya kini lebih gembira selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Muhammad Harits Jasmin.

Menurut Natasha, dia sentiasa berdoa agar jodohnya bersama suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Lambat Sangat Pun Tak Boleh, Usia Dah Meningkat,” – Natasha Hudson Sedia Hamil Lagi

“Memang benar. Saya kini berada di fasa yang sangat tenang. Akhirnya saya sudah bertemu dengan pasangan hidup saya. InsyaAllah Alhamdulillah.

“Dari segi keadaan mental pula, saya sudah punyai seseorang yang faham luaran dan dalaman saya. Kita boleh bercakap sebagai seorang sahabat.

“Itu perkara yang lebih penting daripada kita fikirkan cinta adalah segalanya. Saya dan dia datang daripada keluarga yang ‘simple’. Yang paling penting adalah soal penerimaan keluarga dengan apa yang kami bina.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Saya berdoa agar jodoh kami berpanjangan. Siapa yang tak mahu perkara seperti itu,” katanya kepada MH.

IKLAN

Bercakap soal zuriat pula, Natasha memberitahu, dia dan suami pernah berbincang namun, memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.

“Lambat Sangat Pun Tak Boleh, Usia Dah Meningkat,” – Natasha Hudson Sedia Hamil Lagi

“Sudah tentu kami mahukan cahaya mata. Kami selalu berbincang dan saya juga selalu mengusik. Kami tidak merancang.

“Namun, kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak (hasil perkahwinan terdahulu).

“InsyaAllah, kami akan berusaha. Nak lambat sangat pun tak boleh juga sebab usia saya dah meningkat. Suami saya tak kisah pun sebenarnya. Ada atau tiada zuriat, dia okay sahaja.

IKLAN

“Dia kata, ada tiga orang anak ni pun dah cukup buat dia bahagia. Namun, saya faham. Siapa yang tidak mahukan anak sendiri,” ujarnya lagi.

Jarang dilihat bersama suami ketika dikebanyakkan acara, pelakon filem Chermin ini memaklumkan dia kurang gemar membuatkan suaminya tertunggu-tunggu.

“Lambat Sangat Pun Tak Boleh, Usia Dah Meningkat,” – Natasha Hudson Sedia Hamil Lagi

“Ketika ini, saya tak galakkan dia ikut saya bekerja di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, dia ada ikut saya kerja tapi saya kesian sebab dia terpaksa menunggu lama.

IKLAN

“Perkara paling susah untuk dia terima adalah ketika tersekat di dalam kesesakan lalu lintas di sini. Dia dah 10 tahun menetap di Langkawi, jadi, dia sudah tak biasa dengan kehidupan di bandar.

“Sekali-sekala kalau dia nak ikut, saya okay sahaja. Saya pun tak mahu susahkan dia. Biar dia dengan kerja dia. Begitu juga saya,” akhirinya.

Untuk rekod, Natasha mendiri­kan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Se­langor.

Dalam satu kenyataannya, Natasha berharap perkahwinan kali kelimanya itu tidak disensasikan pihak media.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Natasha Hudson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI