Kaki penyanyi Ayda Jebat mengalami bengkak dan lebam selepas terjatuh di atas pentas ketika membuat persembahan penuntup di Anugerah Skrin 2019, pada Ahad.
Menyampaikan lagu Temberang, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, insiden terbabit berlaku dengan pantas namun dia sedaya upaya cuba teruskan persembahan meskipun terpaksa menahan kesakitan.
“Ketika sedang seronok menyanyikan lagu Temberang dan menari, saya gagal mengimbangkan badan kerana kasut tumit tinggi hingga menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh.
“Barangkali terlalu teruja juga antara faktor saya gagal mengawal diri. Saya sedaya upaya ingin memberikan persembahan terbaik. Tambahan pula, ini adalah anugerah berprestij .
“Saya mohon maaf kalau kesilapan itu mencacatkan persembahan, tapi bersyukur tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma lebam. Terima kasih kerana mendokan kesihatan dan menyukai persembahan saya semalam.
“Bagi saya dalam setiap persembahan pasti ada kesilapan kecil, tapi sebagai penghibur kita perlu bijak mengawal diri dan situasi,” katanya.
Terdahulu insiden yang menimpa bintang berkenaan itu mendapat reaksi positif di kalangan peminat apabila apabila rata-rata menyatakan kagum dengan cara penyanyi itu mengawal pentas.
Malah, vokal dan penampilannya dipuji ramai. Pada masa sama, Ayda juga dilihat tenang dan tidak gelabah apabila terjatuh ketika rancak menari bersama Santesh malam semalam.
Awal semalam, pelakon yang juga anggota kumpulan One Nation Emcee (ONE), Sabhi Saddi ada berkongsi foto di Instagram yang merakamkan dirinya sedang melakukan rawatan fisioterapi di bahagian belakang badan.
Berdoa agar tiada perkara serius yang berlaku, perkongsian salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu nyata mengundang perhatian peminat.
Menjelaskan lanjut mengenai masalah yang dialami, bintang berusia 35 tahun ini memberitahu, dia mengalami sakit belakang dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.
“Kemungkinan ada bengkak di bahagian urat. Pagi sebelum konsert, saya ada jalani fisioterapi untuk melegakan otot.
“Menurut mereka, apa yang berlaku ada kaitan dengan urat kerana otot terlalu ‘stress’… ketat sangat. Jadi salah satu pilihan yang boleh dilakukan ialah regangkan otot.
“Sejak Jumaat lagi ia sudah rasa sakit. Sama sesi latihan pun saya sudah beritahu kekangan yang dialami dan mereka semua faham. Akan tetapi saya tetap mahu semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kekangan yang dihadapi salah seorang anggotanya, Mimi mewakili ONE akui memahami situasi Sabhi yang perlukan rehat terlebih dahulu sebelum memikirkan siangan konsert minggu seterusnya.
“Kami perlukan rehat selepas ini dah sudah tentu Sabhi kena rehat dan selepas ini kami akan jalankan juga tugas yang telah diamanahkan.
“Tambahan pula dia vokal utama untuk minggu kelima ini. Apa pun, untuk minggu hadapan ia terpulang juga kepada kreativiti yang akan kami lakukan, insyaAllah.
Cuma sekarang kita berikan ruang buat Sabhi untuk rehat dulu,” terang Mimi.
“Apa yang berlaku, pasti akan ada cara untuk atasinya. Setiap minggu melakukan persembahan bersama buatkan kami lebih kuat,” kata Jojo pula optimis.
Membuat persembahan meyakinkan menerusi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mula Jameela, ONE mendapat sorakan gemuruh penonton selain reaksi positif para juri profesional.
ONE menduduki ranking ketiga secara keseluruhan pada minggu kelima konsert dengan mengumpul markah sebanyak 73 peratus.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ditampilkan sebagai juri jemputan.
Jangan ketinggalan untuk menonton siaran secara langsung GV6 di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nampaknya, pelakon Nina Iskandar sudah merindui untuk kembali berlakon.
Mana tidaknya, Nina yang kini sedang hamil selain menjalankan perniagaan produk jamu, meluahkan rasa rindu untuk kembali ke set pengambaran bersama rakan-rakan.
“Tak sabar nak shoot balik! I need to get my life back on track ASAP.
“Rindu nak ada job back to back where I had no time for anything at all.
“Give me 4 months I akan kembali meletop kebaboom!!,” tulis pelakon Rumah Siti Khadijah itu.
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.