Nampaknya, pelakon Nina Iskandar sudah merindui untuk kembali berlakon.
Mana tidaknya, Nina yang kini sedang hamil selain menjalankan perniagaan produk jamu, meluahkan rasa rindu untuk kembali ke set pengambaran bersama rakan-rakan.
“Tak sabar nak shoot balik! I need to get my life back on track ASAP.
“Rindu nak ada job back to back where I had no time for anything at all.
“Give me 4 months I akan kembali meletop kebaboom!!,” tulis pelakon Rumah Siti Khadijah itu.
Memilih lokasi percutian di Bali, Indonesia, pelakon Aprena Manrose dan suami, Mohd Afiq Hazman mengabadikan momen indah apabila mereka menaiki ‘Bali Swing’ yang pastinya menjadi ‘aktiviti wajib’ apabila bercuti ke destinasi popular itu.
Kedua-dua pasangan itu akui berasa gayat menaiki apabila hayunannya dengan ketinggian bermula dari 5 meter hingga 78 meter.
“BALI SWING – FACE THE FEAR!
“Hello guys, nah i belanja video masa naik buaian tu! nak naik je makan masa dan berharap @mohdafiqhazman akan bagi kata2 semangat tapi awal2 lagi ‘aku rasa mau pengsan sudah’ hahaha.
“Ya Allah sumpah gayat gila sebab i ni sejenis penakut dengan semua benda termasuk ketinggian but sis cuba to face the fear and I did it,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon drama Cikgu, Papa Kirim Salam itu juga ‘terhibur’ dengan telatah jurufoto di pusat peranginan tersebut yang mahukan Aprena dan suami bergambar mesra.
“Dalam tengah takut boleh pulak photographer tak habis2 suruh kiss kiss cium cium sbb nak snap pic yang sweet with the beautiful scenery kononnya.
“Masalahnya mcm mana nak cium kalau tengah kecut perut masa swing tu! Afiq sempat bisik ‘aku tengah kejung gayat ni nk suruh cium pulak’ tu sbb last part I gelak besar tu !
“Hahahah apa2 pun terima kasih Mr. photographer atas usaha anda itu. dua2 penakut tapi berjaya naik buaian tu pun i rasa dah cukup sweet and perfect! hahaha the best Anni-vacayyyy!,”tulisnya sambil disertakan kredit nama Uqasha Senrose sebagai perakam video.
Tidak dinafikan, lakonan hebat Emma Maembong yang memegang watak Emi menerusi drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan sangat mengagumkan.
Drama yang mengisahkan mengenai isu kisah rumahtangga dan persahabatan kawan baik ini telah pun melabuhkan tirainya, semalam.
Menerusi laman media sosial Emma, dia meluahkan rasa syukur kepada semua tenaga kerja yang telah menjayakan drama berkenaan.
Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun itu menitip ucapan terima kasih kepada penonton yang sentiasa menyokong drama 20 episod itu.
“alhamdulillah drama #cemburuserongperempuan settled.i would like to say thank you to everyone here in this picture for making this drama happen tanpa korang semua pon takkan berjaya drama ni.
“insyaallah kita berjumpa lagi kalau lah ada part2thank you semua yg support . #emanizers #EmmaMaembong @emanizers,” tulisnya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Lantas, watak seorang isteri yang menghidap penyakit mental itu yang dilakonkan Emma bukan sahaja menjadi perhatian malah turut mendapat pujian penonton.
Selain Emma, drama 20 episod ini turut dibintangi Amar Baharin, Amyra Rosly, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sabrina Ali dan ramai lagi.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanda pagar #countingdays kerap digunakan di laman Instagram, pelakon Isa Khan berkongsi kisah cinta yang jelasnya walau cukup singkat.
Namun bintang ini bersyukur perjalanan jodohnya bakal berakhir di jenjang pelamin.
Luah Isa, pada peringkat awal, agak sukar untuk menawan hati si kekasih, namun berkat usaha dan keberaniannya, cinta bakal Bersatu sebagai suami isteri.
“Sudah pasti ga sesingkat ini cerita cinta aku, untuk bisa memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa” aku. Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak pemantasan diri untuk pantas kamu cintai.
“Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta. Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah,” tulisnya.
Pasa masa sama, entri yang turut disertakan dengan foto dua keping kad pengenalannya bersama si dia turut mengundang perhatian.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.