Kaki penyanyi Ayda Jebat mengalami bengkak dan lebam selepas terjatuh di atas pentas ketika membuat persembahan penuntup di Anugerah Skrin 2019, pada Ahad.

Menyampaikan lagu Temberang, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, insiden terbabit berlaku dengan pantas namun dia sedaya upaya cuba teruskan persembahan meskipun terpaksa menahan kesakitan.

“Ketika sedang seronok menyanyikan lagu Temberang dan menari, saya gagal mengimbangkan badan kerana kasut tumit tinggi hingga menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh.

IKLAN

“Barangkali terlalu teruja juga antara faktor saya gagal mengawal diri. Saya sedaya upaya ingin memberikan persembahan terbaik. Tambahan pula, ini adalah anugerah berprestij .

“Saya mohon maaf kalau kesilapan itu mencacatkan persembahan, tapi bersyukur tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma lebam. Terima kasih kerana mendokan kesihatan dan menyukai persembahan saya semalam.

IKLAN

“Bagi saya dalam setiap persembahan pasti ada kesilapan kecil, tapi sebagai penghibur kita perlu bijak mengawal diri dan situasi,” katanya.

Terdahulu insiden yang menimpa bintang berkenaan itu mendapat reaksi positif di kalangan peminat apabila apabila rata-rata menyatakan kagum dengan cara penyanyi itu mengawal pentas.

IKLAN

Malah, vokal dan penampilannya dipuji ramai. Pada masa sama, Ayda juga dilihat tenang dan tidak gelabah apabila terjatuh ketika rancak menari bersama Santesh malam semalam.

https://www.instagram.com/p/B4VDFuqJDiG/?igshid=12ca75tca4lid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI