Pelakon, Fasha Sandha mengakui rasa senang dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dengan anak saudaranya.

Kongsi Fasha, menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang sangat jujur dan pandai menghargai orang lain berbanding dengan orang dewasa.

“Ramai tanya , tak rimas ke dengan kids.

Jawapannya, lagi ramai lagi i suka, sebab kids buat i happy, diorang sangat jujur, dan pandai menghargai kita., berbanding orang besar

IKLAN

“Ni anak2 buah kesayangan mami, anak bff dan anak jiran pun kebetulan ada di negeri yang sama.

“Tak lengkap rasanya bercuti this time tanpa KR kids and elsa. Happy new year everyone #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.

“Lagi Ramai Lagi I Suka Sebab…” – Tak Pernah Rasa Rimas, Fasha Sandha Gembira Isi Masa Dengan Anak Saudara

IKLAN

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

IKLAN

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI