Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman tampil memberikan penjelasan berhubung videonya yang dilihat seperti melakukan sujud syukur selepas papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya, baru-baru ini.

Penjelasan tersebut dibuatnya selepas video yang dikongsikan di Instagram miliknya itu mendapat reaksi pelbagai seterusnya mengundang kecaman warga maya.

“Kalau Pemain Bola Boleh Sujud Syukur Di Padang, Kenapa Saya Tak Boleh?,” – Video Dapat Kecaman, Zoey Rahman Berikan Jawapan

Memetik Harian Metro, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👾 (@zoeyrahman)

“Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada.

IKLAN

“Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.

“Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua.

“Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif,” katanya seperti yang dipetik.

Zoey pada masa sama berpendapat, tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.

IKLAN

“Kalau Pemain Bola Boleh Sujud Syukur Di Padang, Kenapa Saya Tak Boleh?,” – Video Dapat Kecaman, Zoey Rahman Berikan Jawapan

“Kalau pemain bola boleh sujud syukur di padang, kenapa saya tidak boleh? Lagi pula, apa dibuat itu sebagai tanda saya mensyukuri nikmat dan rezeki pemberian Allah SWT.

“Saya percaya setiap ahli perniagaan bercita-cita untuk memiliki billboard sendiri. Malah, tentu sahaja mereka bangga jika ia dapat dilaksanakan. Begitu juga saya.

“Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat saya dan menyokong produk saya. Kepada yang mengata itu, tidak mengapa, saya maafkan anda. Saya okay saja,” katanya.

Terdahulu, Zoey terharu dalam syukur apabila dua buah billboard yang memaparkan jenamanya berjaya menembusi dan dinaikkan di Lebuh raya Federal.

“Kalau Pemain Bola Boleh Sujud Syukur Di Padang, Kenapa Saya Tak Boleh?,” – Video Dapat Kecaman, Zoey Rahman Berikan Jawapan

Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 75,000 kali.

Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Zoey Rahman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI